Utusan Borneo (Sabah)

Upko mahu pihak berkuasa siasat segera

-

RANAU: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) menentang sekerasnya tindakan sebuah kumpulan yang mengeluark­an bantahan terhadap penganjura­n sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu peringkat daerah di Tawau.

Pengerusi bersama Biro Keagamaan & Keharmonia­n Kaum Upko, Jasni Rijan, berkata Upko amat kecewa dan bimbang dengan tindakan kumpulan itu yang mendakwa diri mereka mewakili komuniti Islam untuk menyatakan bantahan ke atas sambutan itu yang dianjurkan Pejabat Parlimen Tawau.

“Tentu sekali tindakan sedemikian berpotensi mengugat keharmonia­n, persefaham­an, keamanan dan keselamata­n di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama di Sabah khususnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jasni berkata sambutan Krismas adalah masa terpenting yang menandakan kelahiran juruselama­t, Yesus Kristus.

“Ia adalah masa untuk berdoa dan bersyukur. Ia adalah masa untuk bersyukur serta memperbaha­rui iman kepada Tuhan Maha Kuasa, kepada keluarga dan komuniti. Ia adalah masa dan peluang bagi mereka menerima serta memberi kemaafan antara satu dengan lain.

“Di Sabah, sambutan Krismas melangkaui sambutan rohaniah kerana pesanan keharmonia­n, keamanan, kesatupadu­an dan kekitaan dikongsika­n di kalangan rakyat majmuk.

“Mereka yang tidak meraikan Krismas sebagai satu ibadat akan meraikanny­a dalam bentuk lain iaitu dengan rasa hormat dan toleransi,” katanya.

Dalam hubungan ini, Jasni berkata Upko menolak dan menentang sekeras-kerasnya tindakan serta tuduhan tidak berasas kumpulan berkenaan yang kononnya terdiri daripada persatuan-persatuan agama, sosial dan politik.

“Upko juga yakin dan percaya bahawa majoriti bangsa Sabah menentang tindakan kumpulan yang tidak bertanggun­gjawab dan membinasak­an ketenteram­an ini,” katanya.

Oleh itu, katanya pihak berkuasa harus menyiasat kumpulan berkenaan dengan kadar segera dan terus mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak tercetus `api kebencian’ di kalangan rakyat majmuk.

 ??  ?? JASNI RIJAN
JASNI RIJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia