Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan tidak boleh diterima sama sekali, kata Christina

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Memorandum bantahan terhadap penganjura­n sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru di Tawau tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negeri yang mengamalka­n keharmioni­an pebagai kaum dan agama.

“Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali,” tegas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew kepada pemberita selepas menyampika­n sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia, Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Christina berkata, sambutan seumpama itu telah disambut setiap tahun sejak 30 tahun yang lalu dan tidak pernah ada sebarang bantahan dibuat.

Menurut Christina, beliau dan Ahli Parlimen Kalabakan Mahmum Sulaiman telah hadir untuk merayakan sambutan itu bersama ribuan warga Tawau.

“Apa mahu bantah bantah ... ini acara tahunan. Sejak 30 tahun lalu kita telah merayakann­ya, kenapa tibatiba bantah,” katanya.

“Presiden Star (Parti Soladiriti Tanah Airku), Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut mengutuk bantahan itu dalam facebookny­a,” katanya, yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Christina berkata, Ketua Warisan T awau dan Kal abaka n telah membuat laporan polis mengenai bantahan itu, dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau juga akan membuat laporan yang sama pada hari ini (Rabu), dan kita serah kepada polis untuk membuat siasatan,” katanya.

“Kita harap rakyat Sabah akan terus hidup dalam keadaan harmoni dan tidak mahu terlibat dengan perkara seperti ini.

“Pendirian kita jelas bahawa Sabah dihuni rakyat pelbagai kaum dan agama yang mengutamak­an keharmonia­n dan perpaduan. Tidak lama lagi Tahun Baru Cina akan tiba, disusuli Hari Raya, dan Pesta Kaamatan.

Semua perayaan ini kita rayakan bersama-sama,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA (kanan) menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia, Bandaraya Kota Kinabalu.
CHRISTINA (kanan) menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia, Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia