Utusan Borneo (Sabah)

Pas Tawau mohon maaf, laporan polis kaitkan Warisan dan PKR

- AMIR ANUAR Oleh

TAWAU: Yang Dipertua Pas Tawau Mohamad Husain memohon maaf secara terbuka kepada Warisan Kalabakan, Warisan Tawau dan PKR Tawau berhubung kandungan berita yang memetik nama ketiga-tiga cawangan parti kerajaan terbabit berkaitan isu sambutan pesta ambang tahun baharu di daerah ini.

Mohamad berkata kesilapan berlaku apabila senarai nama kumpulan yang diberikan kepada pemberita sebelum ini, tidak dimaklumka­n sebagai sekadar pihak-pihak yang diundang untuk berbincang.

Bukannya turut terlibat sama membuat laporan polis seperti tindakan Pas Tawau dan empat pihak lain lagi, untuk membolehka­n pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap isu berkenaan.

“Kami juga memohon maaf kepada akhbar yang menyiarkan perkara itu kerana tidak menjelaska­nnya, dan kami akui kesilapan itu serta sangat kesal dengan perkara terbabit,” katanya, di sini pada Rabu.

Beliau berkata senarai nama kumpulan-kumpulan itu adalah merangkumi pihakpihak yang dijemput untuk berbincang mengenai program sambutan tahun baharu di daerah ini.

Menurutnya, sebenarnya pelbagai pihak termasuk ada pemimpin dalam kem kerajaan sangat prihatin terhadap suasana sambutan pesta tahun baharu di daerah ini yang disifatkan melibatkan ‘acara luar biasa’.

“Dalam hal ini, kami mengajak semua pihak supaya menjaga sensitivit­i masyarakat samada agama Islam dan agama lain, malah kami bukan mahu mengambil kesempatan.

“Tetapi kami mahu menjaga kepentinga­n Islam, sebagai parti politik berasaskan tiga perkara iaitu dakwah, tarbiah dan parti siasah politik, tetapi isu ini bukan untuk mendapatka­n sokongan politik.

“Kami sekadar menyampaik­an pandangan umum kerana khuatir jika bertentang­an dengan Perkara 11 Perlembaga­an Malaysia berkaitan kebebasan beragama,” katanya. -

 ??  ?? MOHAMAD HUSAIN
MOHAMAD HUSAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia