Utusan Borneo (Sabah)

‘Peluang anak tempatan Sabah’

JCI Tanjung Aru, Uni Enrol adakan jelajah ‘Scholar Search Sabah 2019’

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Junior Chamber Internatio­nal ( J C I) Tanjung Aru sekali lagi bekerjasam­a dengan Uni Enrol Sdn Bhd mengadakan program jelajah ‘Scholar Search Sabah 2019’ yang diadakan di tiga lokasi berbeza, bermula 10 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Uni Enrol Sdn Bhd, Rickson Khaw berkata, program itu akan bermula di Chokolatte, Sandakan pada 10 dan 11 Januari ini, jam 10 pagi hingga 7 malam.

“Manakala, 12 dan 13 Januari pula, kami akan berada di pusat membelibel­ah Suria Sabah seawal jam 10 pagi hingga 9 malam.

“Lokasi akhir ialah di Sabah Chinese High School, Tawau pada 19 dan 20 Januari, jam 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma dan kami mengalu-alukan kehadiran anak-anak muda untuk merebut peluang ini,” katanya pada sidang media berkaitan program itu, di sini pada Khamis.

Jelasnya, program itu bertujuan memberi peluang anak-anak tempatan Sabah mengetahui peluang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun

(kiri) dan Wilson (kanan) ketika sidang media berkaitan program jelajah ‘Scholar Search Sabah 2019’ pada Khamis.

swasta yang sesuai mengikut kelayakan masing-masing.

Pada masa sama katanya, penerangan secara terperinci tentang tawaran biasisiwa juga akan disampaika­n kepada lepasan pelajar sekolah menengah yang ingin melanjutka­n pengajian dalam pelbagai bidang.

“Tahun ini, kami menyasarka­n menawarkan lebih banyak biasiswa kepada anak-anak tempatan Sabah yang layak memasuki manamana IPT terlibat.

“Setakat ini sahaja, kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM40 juta untuk disalurkan kepada anak- anak muda yang berkeboleh­an dan berpotensi di seluruh negeri,” katanya.

Rickson berkata, jumlah keseluruha­n dana adalah hasil sumbangan beberapa syarikat mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasam­a dengan mereka bagi membantu pelajar tempatan yang kurang berkemampu­an.

Justeru beliau berharap, platform itu akan direbut oleh anak-anak muda tempatan bagi merealisas­ikan hasrat melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi selain meringanka­n beban keluarga untuk pembayaran yuran serta keperluan lain.

Sementara itu, Presiden JCI Tanjung Aru Wilson Gan berkata, melalui usaha ini juga, beliau yakin akan dapat membangunk­an potensi diri anak- anak muda di Sabah lebih jauh lagi.

Justeru, beliau berharap platform sedemikian akan dapat menghasilk­an graduan di negeri ini yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden JCI Tanjung Aru Rachel Chee.

 ??  ?? RICKSON
RICKSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia