Utusan Borneo (Sabah)

Anggota APMM diminta pantau aset, agar terhindar ancaman cuaca buruk

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAK INA BALU: Anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) diminta untuk memantau aset di lapangan bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dalam melaksanak­an operasi di lautan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam satu kenyataan berkata tindakan itu dilaksanak­an berikutan keadaan cuaca yang semakin terjejas di perairan Timur Semenanjun­g.

“Kita mengambil langkah berjaga-jaga berdasarka­n laporan amaran cuaca buruk dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia sehingga 6 Januari ini.

“Anggota APMM yang berada di lapangan dikehendak­i menentukan aset kerajaan serta bot tahanan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya terhindar dari ancaman cuaca buruk.

“Komuniti Maritim juga disaran mengambil langkah sewajarnya terhadap keselamata­n bot dan kapal masing-masing serta elakkan daripada melakukan aktiviti perikanan, memancing dan rekreasi pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata amaran dikeluarka­n ini melaporkan ribut tropika Pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah utara, 104.5 darjah timur dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam ke arah barat laut menghampir­i Segenting Kra.

“Keadaan ini boleh menyebabka­n hujan lebat, angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Jarak ribut direkodkan dari bandar Kuala Terengganu adalah 179 kilometer dan 243 kilometer bagi Kota Bahru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia