Utusan Borneo (Sabah)

Umno Tawau kecam kaitkan Umno dalam isu bantahan anjuran Krismas

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: NaibKetuaP­emuda Umno Sabah Ghazali Ansing mengecam sekeras-kerasnya penggunaan nama Umno khasnya Umno Bahagian Tawau mengenai bantahan penganjura­n sambutan Hari Krismas yang dibuat oleh Parlimen P190 Tawau barubaru ini.

Ghazali yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Tawau berkata, Umno Tawau tidak pernah mengeluark­an sebarang kenyataan mengenai program yang dianjurkan oleh Parlimen tersebut seperti yang didakwa oleh sekumpulan pihak yang mendakwa mewakili masyarakat muslim di daerah ini.

“Umno Tawau menyambut baik berkenaan sambutan Hari Krismas yang dilihat dapat mempromosi­kan produk pelanconga­n dan juga simbol keunikan serta kepelbagai­an yang sekian lama diraikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, polimik sambutan Hari Krismas ini berlaku kerana kekeliruan orang awam

mengenai sambutanny­a diadakan serentak selama tiga hari bersama pelancaran Tahun Melawat Tawau dan Sambutan Ambang Tahun Baru.

“Demi menjaga keharmonia­n dan perpaduan di negeri ini, kerajaan harus menetapkan tarikh khusus untuk sambutan Hari Krismas dan program-program lain dalam poster

jemputan supaya tidak berlaku kekeliruan dan mengundang andaian liar oleh pihak tertentu,” tambahnya. Katanya, penganjur harus lebih bijak dan perlu berhathati di masa akan datang demi mengekalka­n perpaduan dan persaudara­an yang telah lama dipupuk di negeri ini.

 ??  ?? GHAZALI
GHAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia