Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan holistik terus pertingkat martabat pendidikan negara

-

SEPANJANG tahun 2018, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan holistik dan lebih membina untuk terus memperting­katkan martabat sistem pendidikan demi masa depan anak-anak di negara ini.

Atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, KPM di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah memperkena­lkan lebih 50 inisiatif baharu sepanjang tahun lepas.

Inisiatif itu diambil demi mengambil kira kepentinga­n masa depan pelajar di semua peringkat, sekali gus memartabat­kan sistem pendidikan negara.

Salah satu daripada inisiatif penting yang menjadi kenyataan pada tahun 2018 ialah usaha ke arah pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Sebagai langkah permulaan, Seksyen 15(2)(c) AUKU telah dimansuhka­n menerusi pindaan yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Disember 2018.

Dr Maszlee memberi komitmen AUKU akan dimansuhka­n sepenuhnya pada tahun 2020 dan akan digantikan dengan satu akta yang baharu.

Inisiatif-inisiatif dan pencapaian 2018 yang lain dipaparkan menerusi infografik disertakan.

KPM di bawah Dr Maszlee komited untuk membawa penambahba­ikan ke atas sistem pendidikan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara perkara yang akan dilaksanak­an pada tahun 2019 ialah sembilan intervensi untuk mengurangk­an beban tugas guru dan memperkena­lkan Manual Nilai Murni dengan menekankan nilai-nilai sivik dan komponen ‘manusiawi’ dalam sistem pembelajar­an dan pengajaran serta penubuhan Jawatankua­sa Penambahba­ikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah.

Kempen Dekad Membaca Kebangsaan melibatkan semua peringkat juga akan diadakan untuk meningkatk­an budaya membaca menjelang tahun 2030, manakala penyumbang kepada tabung penyelengg­araan sekolah kerajaan dan institut pengajian tinggi awam layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai pendapatan.

Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga akan diperkenal­kan pada tahun 2019 bagi menggalak institusi latihan bersaing untuk menawarkan program latihan yang lebih kompetitif.

KPM turut mengucapka­n tahniah atas kejayaan warga kementeria­n di pelbagai peringkat termasuk dalam bidang sukan dengan memperoleh 37 pingat emas yang melebihi sasaran pada temasya Sukan Universiti universiti ASEAN 2018.

 ??  ?? CERIA: Tiga murid Tahun Satu di SK St Mary, Kuching kelihatan bersemanga­t ketika memulakan hari pertama sesi persekolah­an mereka, Rabu lepas. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
CERIA: Tiga murid Tahun Satu di SK St Mary, Kuching kelihatan bersemanga­t ketika memulakan hari pertama sesi persekolah­an mereka, Rabu lepas. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia