Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki warga asing dipenjara lapan bulan kerana salah guna dadah

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing yang terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dikenakan penjara lapan bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Opoy Basah dan Paizal Amik masing-masing dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit salah boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh dua tahun, atau kedua-duanya.

Sementara itu tiga lelaki tempatan Anil San, Azlee Kambun dan Amar Maruk dikenakan denda sebanyak RM2,500 selepas mengaku salah atas kesalahan sama.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim memerintah­kan mereka menjalani tempoh pemenjaraa­n selama enam bulan.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 29 hingga 30 November dan 1 Disember tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, IPD Kota Kinabalu dan pondok polis Likas, di sini.

Semasa rayuan, semua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 30 tahun memohon tempoh hukuman mereka dikira dari tarikh tangkap.

Opoy dan Paizal juga memberitah­u kepada mahkamah bahawa mereka mempunyai dua dan tiga anak, antaranya masih bersekolah selain perlu menanggung ibu bapa yang sakit.

Mohamad Aizat juga memerintah­kan Anil, Azlee dan Amar dikenakan pengawasan polis selama dua tahun, setelah tamat tempoh hukuman.

Sementara Paizal dan Opoy diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin melakukan pendakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia