Utusan Borneo (Sabah)

PIBG prihatin bantu sekolah

Kerajaan digesa atasi masalah kekurangan meja dan kerusi murid

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Isu kekurangan perabot sekolah khasnya kerusi dan meja murid teruatama sekali menjelang pembukaan sesi persekolah­an awal tahun bukanlah perkara baharu, khasnya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam usaha membantu mengatasi masalah kekurangan kerusi dan meja murid yang agak kritikal, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang prihatin sering tampil memainkan peranan dan melaksanak­an tanggungja­wab sosial yang terdaya untuk membantu pihak sekolah.

Ia bertujuan bagi mempastika­n anak-anak mereka dapat belajar dengan lebih baik, walaupun tidak seselesa seperti murid di sekolah-sekolah lain yang mungkin tidak berdepan dengan permasalah­an tersebut.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Perancanga­n Beluran Rudi Eddy berkata, beliau sering berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui keperluan mendesak yang memungkink­an boleh dibantu oleh pihak PIBG.

“Hasil tinjauan saya beberapa ke sekolah, dan berdasarka­n laporan serta permintaan pihak sekolah, maka kami sebagai ahli jawatankua­sa (AJK) PIBG telah bermuafaka­t dan sepakat mengadakan program gotong-royong sebelum persekolah­an 2019 bermula,” katanya.

Katanya, yang diadakan selama dua hari berturuttu­rut itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an khasnya dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan juga para belia setempat.

Menurutnya, dalam gotong-royong itu, mereka telah menyelaras dan mengagihka­n kerja-kerja kepada beberapa kumpulan yang mana para ibu melakukan kerja-kerja menceriahk­an kawasan sekolah termasukla­h menyelengg­ara pasu bunga, mengecat semula tayar (pasu) dan sebagainya.

Manakala golongan lelaki pula memberi tumpuan kerja untuk membaiki kerusi lama jenis kayu yang rosak dan tersimpan dalam stor sejak sekian lama.

“Kerusi lama yang rosak dan dibekalkan lebih 10 tahun lalu, dikitar semula dan diubahsuai serta dicantum dan ditokok tambah untuk menjadi kerusi yang boleh digunakan sementara oleh anak-anak kami belajar,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan meja murid, pihaknya turut mengambil inisiatif membuat ‘meja murid’ dengan menggunaka­n bahan binaan seperti beruti, papan lapis, paku dan cat.

“Kesemua kos yang terlibat adalah hasil sumbangan derma para ahli PIBG termasuk guru-guru sekolah,” katanya sambil menyatakan bahawa kos yang terlibat adalah mencecah hampir RM2,000 termasuk kos pengangkut­an bahan,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun pihak PIBG telah menetapkan kutipan sumbangan tahunan untuk tabung PIBG sebanyak RM15 setahun untuk satu keluarga, namun ia tidak mencukupi dan mereka turut melancarka­n kutipan khas bagi mengisi tabung PIBG tersebut untuk memenuhi sesuatu keperluan yang mendesak.

Bagaimanap­un katanya, jumlah kadar kutipan tersebut bagi sesuatu program khas adalah tidak ditetapkan atau dihadakan kerana ia bergantung kepada keringanan hati dan kemampuan seseorang atau setiap keluarga.

Mengulas lanjut mengenai gotong-royong itu, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak sekolah dan juga semua hali PIBG yang telah menyumbang untuk menjayakan gotong-royong itu, sama ada sumbangan berbentuk wang ringgit, tenaga dan sebagainya.

Rudi berkata hasil kerjasama dan tindakan itu, pihak PIBG berjaya

“Walaupun pihak PIBG telah menetapkan kutipan sumbangan tahunan untuk tabung PIBG sebanyak RM15 setahun untuk satu keluarga, namun ia tidak mencukupi dan mereka turut melancarka­n kutipan khas bagi mengisi tabung PIBG tersebut untuk memenuhi sesuatu keperluan yang ” mendesak. RUDI EDDY Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Perancanga­n Beluran

menyiapkan sebanyak 20 buah (unit) berkembar (2’ X 4’) yang boleh digunakan oleh dua orang murid, selain berjaya membaiki lebih 30 kerusi.

Katanya, meja itu dibuat daripada papan lapis yang dibelah empat, menjadikan setiap keping papan lapis (4’ X 8’) mereka dapat membuat empat meja yang boleh dimanfaatk­an oleh lapan orang murid.

Beliau berkata, sebenarnya keperluan meja dan kerusi masih tidak mencukupi khasnya untuk beberapa bilik tertentu seperti Bilik Pemulihan, Bilik Pendidikan Seni dan juga Dewan Serbaguna yang mejanya terpaksa dipindahka­n ke kelas untuk membantu menampung keperluan yang mendesak.

Justeru katanya, pihak PIBG akan menersukan atau mengadakan semula aktiviti gotong-royong PIBG pada hari Sabtu (5 Januari) bagi menambah bilangan meja dan kerusi.

Sementara itu, Guru Penyelaras Pembanguna­n Sekolah, Nasrah Titing berkata pihaknya sentiasa mengemukak­an permohonan pada setiap tahun untuk bekalan tambahan kerusi dan meja murid, namun setakat ini tiada bekalan yang diterima sejak hampir lapan tahun lalu.

Katanya, kekurangan meja dan kerusi berlaku ekoran kerosakan yang berlaku, tambahan pula kayu (bahan) yang digunakan semakin reput dimamah usia.

Untuk rekod, sekolah itu kini mempunyai 126 murid termasuk 18 murid Tahun 1, 12 guru dan tiga staf skongan (AKP).

Justeru, Rudi Selaku YDP PIBG SK Perancanga­n sejak 2018, memohon dan merayu keprihatin­an pihakpihak yang berkaitan agar membantu mengatasi isu masalah kekurangan perabot meja dan kerusi murid yang difahamkan turut dialami oleh kebanyakan sekolah khasnya di daerah Beluran.

Pihaknya juga telah mengadakan beberapa siri gotong-royong perdana untuk membantu pihak sekolah ke arah mewujudkan persekitar­an sekolah yang lebih selesa dan kondusif serta selamat demi kelangsung­an pendidikan anak-anak mereka di kawasan luar bandar.

Selain isu kekurangan meja dan kerusi, hakikatnya terdapat pelbagai isu dan masalah lain yang berlaku seperti kekurangan bilik darjah, ketiadaan bangunan kantin yang lebih sempurna, kerosakan jalan raya ke sekolah atau kampung dan sebagainya, malah isu kekurangan guru yang membelengg­u sejak sekian lama, belum ada penyelesai­annya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN meja bersaiz 2’ X 4’ yang telah siap dan boleh digunakan secara berkongsi oleh dua orang murid untuk keperluan sesi pembelajar­an di bilik darjah.
SEBAHAGIAN meja bersaiz 2’ X 4’ yang telah siap dan boleh digunakan secara berkongsi oleh dua orang murid untuk keperluan sesi pembelajar­an di bilik darjah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 50 ahli PIBG yang bergotong-royong membaiki meja dan kerusi murid di SK Perancanga­n, Beluran.
SEBAHAGIAN daripada 50 ahli PIBG yang bergotong-royong membaiki meja dan kerusi murid di SK Perancanga­n, Beluran.
 ??  ?? Gambar atas dan dibawah ANTARA ibu bapa bertungkus-lumus memperbaik­i kerusi kayu yang rosak.
Gambar atas dan dibawah ANTARA ibu bapa bertungkus-lumus memperbaik­i kerusi kayu yang rosak.
 ??  ?? GOLONGAN ibu turut bergotong-royong menceriaka­n kawasan sekolah.
GOLONGAN ibu turut bergotong-royong menceriaka­n kawasan sekolah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia