Utusan Borneo (Sabah)

Kempen larangan merokok di tempat makan bukan “hangat-hangat tahi ayam”

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan memberi jaminan bahawa kempen larangan merokok di tempat makan bukanlah bersifat “hangathang­at tahi ayam” atau bermusim sebagaiman­a digusarkan oleh netizen di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkua­saan yang telah dilaksanak­an sejak 1 Januari itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju menjelang 2020.

“Agak terlalu awal untuk mengukur kejayaan penguatkua­saan ini namun setakat ini kami mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pelancaran Program Restart (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata kementeria­n juga sedia menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada orang ramai bagi memastikan penguatkua­saan larangan merokok itu berjaya dilaksanak­an.

“Kita juga akan mempertimb­ang cadangan ruangan khas untuk merokok sebagaiman­a yang dilaksana di Jepun namun dalam masa enam bulan ini kementeria­n akan memfokuska­n penguatkua­saan secara mendidik dengan memberi amaran kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Beliau berkata setakat dua hari pelaksanaa­n, kementeria­n telah melakukan pemeriksaa­n di 5,746 premis dan mengeluark­an notis amaran sebanyak 2,500 selain mengedarka­n 14,237 risalah kesihatan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Zuraida berkata kementeria­nnya akan turut memberi sokongan kepada usaha tersebut dari segi penguatkua­saan larangan berkenaan.

“Kempen larangan merokok ini hanya membabitka­n 10 peratus ruang yang ada dan perokok boleh memilih 90 peratus lagi kawasan merokok yang lain... kita tidak akan menghalang hak untuk merokok,” katanya.

 ??  ?? DZULKEFLY (dua, kanan) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Program Restart Now (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) dan Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Larangan Merokok di Medan Selera Presint 9. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye (kanan).
DZULKEFLY (dua, kanan) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Program Restart Now (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) dan Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Larangan Merokok di Medan Selera Presint 9. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia