Utusan Borneo (Sabah)

Umno Sabah tentukan halatuju sendiri

Tidak lagi terikat dengan Umno Semenanjun­g

-

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata bermula daripada tahun ini, Umno Sabah bukan lagi sebuah badan perhubunga­n tetapi akan dikenali sebagai Umno Sabah.

Dengan itu, katanya Umno Sabah mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju parti, menentukan caloncalon dan menentukan masa depan parti.

“Kita tidak perlu lagi terikat dengan Umno Malaysia. Kalau Umno di Semenanjun­g ada pakatan dengan Pas, kita di Sabah tidak ada kena mengena dengan Umno di Semenanjun­g, Umno Sabah berhak menentukan siapa pakatan kita.

“Dengan kuasa yang ada, sudah pasti akan menjadi satu kekuatan, menjadi inspirasi baru kepada perjuangan Umno

“Kita tidak perlu lagi terikat dengan Umno Malaysia. Kalau Umno di Semenanjun­g ada pakatan dengan Pas, kita di Sabah tidak ada kena mengena dengan Umno di Semenanjun­g, Umno Sabah ” berhak menentukan siapa pakatan kita.

DATUK SERI BUNG MOKHTAR RADIN

Ketua Umno Sabah

Sabah untuk menentukan hala tuju parti sendiri dan dipimpin oleh rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Umno Sabah, di sini pada Khamis.

Bung Mokhtar berkata walaupun Umno Sabah suatu ketika dikatakan telah lumpuh, tetapi sebenarnya Umno Sabah tidak lumpuh, bahkan barisan kepimpinan baru akan mengetuai bahagian masing-maing walaupun dalam keadaan kepayahan.

Beliau berkata barisan kepimpinan Umno Negeri Sabah yang baru akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap perjuangan parti itu.

Sehubungan itu, katanya, Umno Sabah akan bangkit mempersiap­kan diri untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU akan datang.

“Kita percaya kekuatan Umno di peringkat akar umbi masih lagi tidak tergugat, dan kita yakin Umno Sabah boleh membawa arus perjuangan ini sehingga mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau juga berkata permintaan Umno Sabah untuk mendapatka­n autonomi negeri ini telah dipersetuj­ui seratus peratus oleh ahli Majlis Tertinggi parti.

Bung Mokhtar turut mengumumka­n barisan kepimpinan Umno Sabah terdiri Datuk Yakub Khan sebagai Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Jeffrey Arifin (setiausaha perhubunga­n), Datuk Raime Unggi (ketua penerangan) dan Titing Putang (Pegawai perhubunga­n Umno Negeri Sabah).

“Umno Sabah juga telah menubuhkan 10 biro sesuai dengan peranannya ketika ini sebagai pembangkan­g,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, empat bahagian parti itu, iaitu Ranau, Tuaran, Sipitang dan Pensiangan akan adakan mesyuarat khas dala masa terdekat untuk memilih pemimpin bahagian parti masing-masing.

 ??  ?? BUNG Mokhtar (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar pada Khamis.
BUNG Mokhtar (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia