Utusan Borneo (Sabah)

Otai Reformis mahu peralihan Perdana Menteri dilaksana dalam tempoh dua tahun

-

KUALA LUMPUR: Otai Reformis 1998 bertekad pertahan lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam tempoh dua tahun dan akan tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba menggagalk­an peralihan kuasa tersebut.

Pengerusin­ya Dr Idris Ahmad mendakwa wujud segelintir pihak yang dilihat cuba menggagalk­an peralihan kuasa ini sepertiman­a yang telah dipersetuj­ui bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Katanya ini termasuk ada cadangan perwakilan Bersatu pada Perhimpuna­n Agung Bersatu baru-baru ini yang mahu supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal.

“Kalau teliti Konvensyen Bersatu, ada usaha-usaha ditonjolka­n oleh anggitaang­gota Bersatu, sangat jelas ada pihak yang mahu halang Anwar,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Khamis.

Berikutan itu, Dr Idris berkata pihaknya yang terdiri daripada kira-kira 1,000 anggota terpanggil untuk menyatakan pendirian hari ini, supaya segala persoalan yang berbangkit berkenaan isu perlantika­n Anwar sebagai perdana menteri tidak akan mewujudkan prasangka lagi.

Tegasnya sekiranya perjanjian berkenaan dilanggar, pihaknya akan tentang habis-habisan.

“Kita ada rancangan sendiri. Apabila tentera bergerak, anda tidak dapat memberitah­u strategi anda. Apabila tiba masanya kita akan bertindak dengan sewajarnya. Saya tidak boleh mendedahka­n strategi kami, “katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia