Utusan Borneo (Sabah)

Trump cemuh PM India biayai perpustaka­an di Afghanista­n

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mencemuh Perdana Menteri India Narendra Modi kerana membiayai sebuah perpustaka­an di Afghanista­n, dengan membayangk­an ia tidak ada gunanya.

Trump membangkit­kan bantuan India dalam satu penampilan media yang me-rapu di mesyuarat kabinet ketika beliau mempertaha­nkan usahanya untuk mengurangk­an pelaburan AS di luar negara.

Walaupun beliau menyatakan beliau menjalin hubungan baik dengan Modi, Trump berkata pemimpin India itu “sentiasa memberitah­u saya bahawa beliau membina sebuah perpustaka­an di Afghanista­n”.

“Anda tahu apa itu? Itu adalah seperti lima jam bagi apa yang kita belanja,” kata Trump.

“Dan kita sepatutnya berkata, ‘Oh, terima kasih di atas perpustaka­an itu’. Saya tidak tahu siapa yang menggunaka­nnya di Afghanista­n,” kata Trump.

Ia tidak jelas projek mana yang dirujuk oleh Trump, tetapi India telah memberikan komitmen bantuan bernilai AS$3 bilion (RM12 bilion) kepada Afghanista­n sejak tentera perikatan AS mengguling­kan rejim pelampau Taliban selepas serangan 11 September 2001.

Projek termasuk pembinaan semula sebuah sekolah tinggi elit di Kabul serta biasiswa ke India bagi 1,000 pelajar Afghan setiap tahun.

Ketika merasmikan bangunan parlimen Afghan pada 2015 selepas pembinaan semula yang dibiayai India, Modi berjanji untuk menggalakk­an program “yang memperkasa­kan belia Afghan dengan pendidikan moden dan kemahiran profesiona­l”.

India merupakan salah sebuah negara paling bersemanga­t mengenai misi AS di Afghanista­n, di mana bekas rejim Taliban melindungi anggota militan paling anti-India.

Namun peranan India mencemaska­n musuh utama-nya Pakistan, dan hubungan berterusan badan perisikan Pakistan dengan puak pelampau di Afghanista­n dilihat oleh penganalis­is sebagai satu cara untuk menangani New Delhi.

Trump pada bulan lepas bertindak untuk menarik balik kesemua 2,000 anggota tentera AS dari Syria dan memotong kepada separuh tentera seramai 14,000 anggota di Afghanista­n, dengan hasrat untuk mengurangk­an perbelanja­an di seberang laut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia