Utusan Borneo (Sabah)

Doktor Bolivia umum mogok 48 jam bantah khidmat percuma

-

LA PAZ: Doktor sektor awam di Bolivia mengumumka­n mogok 48 jam pada Rabu sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan untuk menyediaka­n penjagaan kesihatan secara percuma bagi semua.

“Matlamat kami adalah untuk mendaftar 5.8 juta orang di Bolivia,” Adolfo Zarate, selaku jurucakap program itu, menyebut dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Doktor yang bekerja di hospital awam menjawab dengan mengumumka­n mereka akan mengadakan mogok pada Khamis dan Jumaat.

Menurut kementeria­n kesihatan, kira-kira 5.8 juta daripada 11 juta penduduk di Bolivia tidak ada insurans kesihatan tetapi akan diberi akses kepada khidmat percuma apabila tempoh pendaftara­n selesai dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Penyakit yang diliputi sistem penjagaan kesihatan sejagat termasuk penyakit Parkinson, kanser kanak-kanak, kencing manis, radang paru-paru, selesema dan masalah pergigian.

Kementeria­n kesihatan berkata program itu mempunyai bajet kira-kira 1.6 juta boliviano (kira-kira RM6.4 juta) tetapi Erwin Viruez, presiden kolej perubatan profesiona­l di Bolivia, berkata ia tidak mencukupi.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya satu bilion dolar tetapi ini tidak memadai untuk menjamin penjagaan kesihatan sejagat,” katanya.

“Kita tidak ada sebarang bekalan, katil tidak mencukupi.”

Presiden Evo Morales telah menyeru kepada doktor yang mogok untuk mengadakan dialog. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia