Utusan Borneo (Sabah)

Diplomat Korea Utara di Itali mohon suaka: Laporan

-

SEOUL: Diplomat tertinggi Korea Utara di Itali telah memohon suaka, kata satu laporan pada Khamis, dalam satu lagi cubaan pembelotan berprofil tinggi oleh salah seorang utusan Pyongyang.

Jo Song Gil, pemangku duta Korea Utara ke Rom, memohon suaka ke sebuah negara Barat yang tidak disebut nama bersama keluargany­a, kata akhbar harian JoongAng Ilbo di Korea Selatan, yang memetik sumber diplomatik yang tidak dinamakan di Seoul.

“Dia memohon suaka awal bulan lepas,” JoongAng memetik satu sumber sebagai berkata.

Pihak berkuasa Itali sedang “memerah otak” mengenai apa yang hendak dilakukan, pegawai berkenaan dipetik sebagai berkata, tetapi menambah mereka “melindungi­nya di tempat selamat”.

Diplomat kanan terakhir dari Korea Utara yang membelot adalah Thae Yong Ho, yang meninggalk­an jawatannya sebagai timbalan duta di London pada 2016.

Jo, 48, sudah menjadi pemangku duta di Rom sejak Oktober 2017 selepas Itali mengusir duta ketika itu Mun Jong Nam untuk membantah satu ujian nuklear oleh Korea Utara sebulan sebelum itu yang melanggar ketetapan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

Beliau “dikenali sebagai seorang anak atau menantu salah seorang pegawai peringkat tertinggi dalam rejim Utara”, JoongAng memetik seorang pakar yang tidak dinamakan dari Korea Utara sebagai berkata.

Kebanyakan diplomat Korea Utara yang berkhidmat di luar negara biasanya wajib untuk meninggalk­an beberapa anggota keluarga – biasanya anak-anak – di Pyongyang untuk menghalang pembelotan mereka ketika bekerja di luar negara.

Bagaimanap­un Jo datang ke Rom pada Mei 2015 bersama isteri dan anak-anaknya, yang membayangk­an beliau mungkin berasal daripada keluarga dengan keistimewa­an, kata akhbar JoongAng, yang menambah sebab bagi cubaan pembelotan­nya masih belum jelas.

Pada waktu pembelotan­nya sendiri, Thae, bekas timbalan duta ke London, berkata beliau berpaling tadah sebahagian­nya untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada tiga anaknya selepas diarah untuk kembali ke Korea Utara.

Dinasti Kim sudah meme-rintah negara senjata nuklear yang daif itu selama tiga gene-rasi tanpa sebarang toleransi terhadap penentanga­n, dan rejim itu dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia yang berleluasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia