Utusan Borneo (Sabah)

Doktor Korea Selatan gesa penggubala­n undang-undang cegah serangan di hospital

-

SEOUL: Doctor di Korea Selatan kini menggesa agar satu undang-undang digubal bagi mencegah insiden sera-ngan terhadap seorang pakar psikiatri terkenal oleh pesakit-nya baru-baru ini daripada berulang, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan sebuah persatuan perubatan.

Pada Isnin, seorang lelaki berusia 30 tahun yang menghidap penyakit gangguan bipolar telah menikam doktornya, Lim Se-won, sehingga mati ketika sesi rundingan di Hospital Kangbuk Samsung di pusat banar Seoul.

Persatuan Neuropsiki­atrik Korea berkata ia akan merintis satu undang-undang yang menggarisk­an beberapa langkah agar kakitangan perubatan boleh menjalanka­n tugas mereka dengan selamat tanpa takut kemungkina­n berlakunya serangan.

“Ia adalah hasrat keluarga mendiang doktor itu agar satu persekitar­an yang selamat diwujudkan untuk kakitangan supaya pesakit yang menghidap penyakit mental boleh mendapatka­n bantuan tanta sebarang prejudis atau diskrimina­si,” kata seorang wakil persatuan itu.

Insiden itu berlaku selepas seorang lagi doktor di sebuah hospital di barat bandar pelabuhan Incheon telah diserang oleh seorang pesakit, yang mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Undang-undang berkaitan telah diluluskan oleh Dewan Perhimpuna­n pada Khamis yang menetapkan bahawa mereka yang menyerang petugas kesihatan dengan ganas di bilik kecemasan akan berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda antara 10 juta won (AS$8,900) dan 100 juta won. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia