Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh ditangkap selepas 37 dibunuh di tengah Mali

-

BAMAKO: Tujuh orang ditangkap di bahagian tengah Mali pada Rabu, sehari selepas 37 orang awam maut apabila lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung dalam wilayah berkenaan dalam pertempura­n terbaharu antara komuniti yang berperang, kata kerajaan.

Selepas pembunuhan beramai-ramai pada Hari Tahun Baharu di perkampung­an Koulogon, dalam wilayah tengah Mopti, “pasukan tentera Mali dikejarkan ke tempat kejadian”, kementeria­n perlindung­an awam menyebut dalam satu kenya-taan, dan menambah mereka “menangkap tujuh suspek” tetapi tidak memberi maklumat mengenai mereka yang ditangkap.

Penyerang pada Selasa lepas dipercayai pembunuh tradisiona­l Dogon yang menyasari perkampung­an gembala Fulani.

Misi tentera Mali yang sama turut memasuki perkampu-ngan Bobosso, dekat sempadan Burkina Faso, selepas serangan pembakaran berlaku, membunuh seorang suspek, dan menahan 24 lagi, kata kementeria­n itu.

Perancis membantu tentera Mali menangkis pemberonta­kan pelampau jihad yang menguasai sebahagian besar utara yang bergolak pada 2012 tetapi sejak kematian tokoh pelampau jihad berbangsa Fulani, Amadou Koufa, konflik antara kumpulan sudah meningkat.

Keganasan itu didorong oleh tuduhan tentang orang Fulani yang membawa lembu mereka ke tanah Dogon untuk meragut rumput selain pertikaian mengenai akses kepada tanah dan air.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan lebih 500 kematian orang awam di kawasan itu pada 2018.

“Operasi skala besar” sedang disediakan bersama kementeria­n pertahanan untuk menangani keganasan antara kaum, kementeria­n pertahanan awam menyebut dalam satu kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia