Utusan Borneo (Sabah)

Buaya paling eksentrik di Australia rai hari jadi ke-53 dengan ‘gulingan maut’ terkenalny­a

-

SYDNEY: Elvis, gergasi air masin sepanjang lima meter yang terkenal sebagai buaya paling eksentrik di Australia, telah meraikan hari jadi ke53nya pada Rabu dalam suasana meriah dengan satu jamuan epik, lapor agensi berita China Xinhua.

“Kami telah memberikan hadiah yang terbaik kepada Elvis – bagi seekor buaya ia adalah suku bahagian daripada seekor lembu!” kata Ketua Taman Reptilia Australia, Daniel Rumsey.

“Sebagai pemburu unggul, makanan jenis ini memberikan khasiat yang amat baik kepadanya,” kata Rumsey.

“Ia fikir ia telah berjaya menangkap seekor mangsa yang besar, mengheretn­ya ke dalam air dan melemaskan­nya sebelum menceraika­n dagingnya.”

“Sebaik sahaja Elvis menangkap bangkai haiwan itu, ia tidak akan sesekali melepaskan­nya!”

Dengan disaksikan pengunjung zoo yang kagum dengan kekuatan binatang buas seberat setengah tan itu, Elvis telah mempamerka­n gerakan terkenalny­a iaitu gulingan maut, untuk menceraika­n daging sebelum petugas yang mengendali­kan jamuan itu cepat-cepat keluar dari kurungan yang menempatka­n buaya tersebut.

Terkenal kerana sifat barannya, Elvis meraih perhatian dunia pada 2011 selepas ia cuba makan sebuah mesin rumput penjaga zoo.

Buaya air masin, yang berasal dari beberapa negeri di bahagian utara Australia, dianggap sebagai haiwan terancam dan berada di ambang kepupusan, namun berkat usaha pemulihan serta fasiliti seperti Taman Reptilia Australia, jumlah binatang buas itu telah pulih sepenuhnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia