Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis Mesir rayu presiden ampun isterinya yang dihukum penjara

-

KAHERAH: Seorang aktivis hak asasi manusia terkemuka merayu kepada Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Rabu untuk mengampuni isterinya, yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun kerana memaparkan sebuah video yang mengecam gangguan seksual.

“Kami meminta pengampuna­n daripada Presiden Republik,” kata Mohamed Lotfi, yang mengetuai badan bukan kerajaan, Suruhanjay­a Hak dan Kebebasan Mesir.

Bekas aktres dan model Amal Fathi dijatuhi hukuman di satu pendengara­n rayuan pada Ahad lepas kerana “menyebar berita palsu” dan “menghasut perubahan rejim”.

Dia ditangkap pada Mei lalu berhubung sebuah video yang dia paparkan dalam talian, yang mengkritik gangguan seksual di Mesir dan mendakwa pengawal di sebuah bank telah mengganggu­nya secara seksual.

Lotfi, 37, menyeru kepada Sisi untuk mengambil kira hakikat bahawa isterinya adalah “seorang mangsa” gangguan, dan menerima rawatan bagi trauma dan kemurungan.

“Keadaannya bertambah buruk dalam penjara,” katanya.

Dalam satu temu ramah dengan AFP, beliau berkata rayuan sedang dikemukaka­n terhadap hukuman ke atas isterinya.

Fathi berada dalam tahanan rumah dan perlu melapor diri di balai polis setiap minggu.

Lotfi bimbang isterinya akan ditahan sepenuhnya apabila dia melaporkan diri esok (Sabtu).

Fathi berkata dia telah diganggu oleh seorang pemandu teksi pada hari yang sama dengan gangguan yang didakwa di bank.

Dia merekodkan videonya dalam keadaan jengkel, kata suaminya.

Sisi memegang kuasa pada 2014, setahun selepas beliau mengetuai tentera untuk mengguling­kan Presiden Mohamed Morsi ekoran protes besar-besaran menentang pemerintah­an pelampau Islam itu.

Kumpulan hak asasi manusia berkata bekas menteri pertahanan itu sudah melaksanak­an rejim kuku besi yang menindas rakyat.

Gangguan di Mesir telah menjadi topik penting bagi kempen dan aktivisme.

“Kami tahu kerajaan sedang berusaha untuk membasmi fenomena ini,” kata Lotfi.

“Ia adalah tidak adil bagi seorang mangsa gangguan wanita untuk dipenjarak­an,” katanya.

Lotfi, yang memiliki kerakyatan Mesir-Swiss, percaya komitmenny­a sendiri kepada kerja hak asasi manusia adalah “sebab sebenar” di sebalik layanan sistem keadilan ke atas isterinya.

“Ia adalah tekanan ke atas saya supaya saya menghentik­an kerja hak asasi manusia saya,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia