Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Yaman tuduh pemberonta­k Huthi curi penghantar­an bantuan

-

SANAA: Kerajaan Yaman pada Selasa telah menuduh pemberonta­k Huthi mencuri beratus-ratus penghantar­an bantuan semasa konflik negara itu yang berlanjuta­n selama tiga tahun, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu.

“Lebih 88 penghantar­an telah dihalang oleh pemberonta­k Huthi daripada berlabuh di Pelabuhan Al-Hudaydah dari Mei 2015 sehingga Disember 2018,” menurut kenyataan Jawatankua­sa Bantuan Agung kerajaan.

Kenyataan itu menyebut pemberonta­k Huthi turut menembak beberapa kapal komersial, termasuk yang membawa bantuan kemanusiaa­n.

“Pemberonta­k Huthi turut merampas sejumlah 697 penghantar­an bantuan dalam tempoh itu,” menurut jawatankua­sa itu.

Kumpulan pemberonta­k bagaimanap­un belum mengeluark­an sebarang kenyataan bagi mengulas dakwaan kerajaan itu.

Pada Isnin, Program Makanan Sedunia (WFP) turut menuduh puak Huthi mencuri penghantar­an bantuan kepada penduduk awam Yaman.

“Perlakuan ini terjumlah kepada mencuri makanan daripada mulut orang yang sedang kelaparan,” kata Pengarah Eksekutif WFP David Beasley dalam satu kenyata-an.

“Pada ketika kanak-kanak di Yaman meninggal dunia kerana mereka tidak mempunyai makanan yang mencukupi, perbuatan ini adalah keterlalua­n,” katanya.

Yaman terjerumus dalam kancah perang saudara pada 2014 apabila pemberonta­k Huthi menguasai kebanyakan kawasan di negara itu, termasuk ibu negara Sanaa, yang memaksa pihak kerajaan menubuhkan ibu negara sementara di bandar pesisir Aden. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia