Utusan Borneo (Sabah)

Keharmonia­n kaum wajar dikekal

Lebih 3,000 pengunjung hadir Rumah Terbuka Krismas Upko

- Oleh JOHN TAMBANAN (tengah) ditemani Tangau serta pemimpin Upko memotong kek Krismas Upko.

KOTA KINABALU: Lebih 3,000 orang mengunjung­i majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran Pertubuhan Pasok momogun Kadazandus­un Bersatu (Upko) di Kompleks Sukan Likas pada 25 Disember lepas.

Majlis itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datin Seri Panglima Norlidah RM Jasni.

Ketibaan Juhar dan isteri disambut Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan isteri Datin Seri Dr Jainah Santian serta Timbalan Presiden Upko Datuk Donald Peter Mojuntin, Naib Presiden Upko, Datuk Ewon Benedict dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Upko.

Turut hadir bekas Presiden Upko yang juga penasihat

JUHAR (dua dari kanan) dan Tangau bersama jemputan khas sedang menikmati juadah Krismas.

kehormat parti, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP Sabah.

Selain menikmati juadah Krismas, pengunjung turut dihiburkan dengan pesembahan koir Krismas.

Ketika ditemui kemudian, Tangau berkata kehadiran pengunjung dari perbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama menunjukka­n keharmonia­n wajar kekalkan.

“Semenangny­a amalan kunjung mengunjung­i pada majlis rumah terbuka perayaan disambut di negeri ini telah menjadi tradisi kepada kita di Sabah,” katanya.

“Saya juga dengan rendah hati, dengan hormat dan takzimnya, bagi pihak Upko, mengucapka­n terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka Krismas anjuran Upko,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada penganjur dan semua jawatankua­sa terlibat menjayakan sambutan perayaan itu.

 ??  ?? JUHAR
JUHAR
 ??  ??
 ??  ?? JUHAR (tengah) dan Tangau bergambar kenangan berasama pemimpin Upko, Warisan, DAP dan PKR.
JUHAR (tengah) dan Tangau bergambar kenangan berasama pemimpin Upko, Warisan, DAP dan PKR.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Koir Krismas.
PERSEMBAHA­N Koir Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia