Utusan Borneo (Sabah)

Murid prasekolah ambil masa sesuaikan diri di sekolah baharu

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Sudah dua tahun belajar di prasekolah, namun Catalya Ben Simbaku, 6, yang memasuki prasekolah SJKC Khoi Ming di sini menangis dan tidak mahu berpisah dengan ibunya.

Anak kepada pasangan penulis bebas Benjohn Simbaku dan Rosnah Maribin yang akrab dengan panggilan manja, Cec terpaksa ditenangka­n guru kelas bersama 15 murid lain di hari pertama persekolah­an.

“Seawal 5.00 pagi anak kami sudah bangun, bersiap dan meminta sikat rambutnya kerana amat berminat berpindah ke sekolah baharu bersama abang dan kakanya,” kata Rosnah sambil menyatakan dua tahun sebelumnya anak mereka belajar di prasekolah Advent Goshen.

Rosnah menaruh kepercayaa­n kepada sekolah Cina itu yang telah mendidik 10 anak mereka sehingga hampir semuanya menguasai bahasa Cina dengan baik dan kini sudah ada yang belajar di institusi pengajian tinggi.

Menurut Rosnah, agaknya anak mereka memerlukan masa menyesuaik­an diri setelah lama bercuti dan menghadapi suasana sekolah baharu di mana lokasi, guruguru dan murid-murid adalah baharu belaka.

“Syukurlah selepas dipujuk guru dan duduk bersama rakan-rakan baharu anak kami dapat ditenangka­n,” kata Rosnah sambil memberitah­u anak mereka merupakan murid yang rajin dan fasih berbahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sedikit dialek Rungus di samping berminat menyanyi lagu Cina

AWAL pagi besemangat ke sekolah baharu.

berpanduka­n Astro bersama kakak dan abangnya yang belajar di sekolah sama dalam Tahun 4 dan 6.

Sementara itu, Guru Besar Madam Chong menyatakan kira-kira 60 peratus dari 300 murid di sekolah itu adalah kalangan bumiputera.

 ??  ??
 ??  ?? TIDAK mahu berpisah dengan ibu.
TIDAK mahu berpisah dengan ibu.
 ??  ?? CEC dipujuk ibunya Rosnah (kiri).
CEC dipujuk ibunya Rosnah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia