Utusan Borneo (Sabah)

Kasut berwarna hitam jadi pilihan murid sekolah luar bandar di Keningau

-

KENINGAU: Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam menjadi pilihan murid di sekolah luar bandar di daerah ini yang kebanyakan mereka berjalan kaki ke sekolah dengan menempuh jalan berselut.

Ini kerana kasut berwarna hitam yang dipakai tidak terlalu menampakka­n kotoran selut berbanding pemakaian kasut sekolah berwarna putih sebelum ini.

Penyelia Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Jebin Tamin berkata dapatan pemantauan sejak bermula sesi persekolah­an pertama bagi 2019 yang bermula semalam mendapati kebanyakan murid telah memakai kasut seragam baharu itu.

“Kita lihat murid di sekolah luar bandar lebih memilih kasut tersebut (warna hitam), ini disebabkan laluan ke sekolah di sana (luar bandar) berselut disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu lepas.

“Begitu pun, pembelian kasut berwarna hitam bergantung sepenuhnya terhadap kesediaan ibu bapa...bagi mereka yang mampu berbelanja lebih telah membekal kasut hitam kepada anak-anak mereka,” katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis. Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memperkena­lkan penggunaan kasut hitam dalam kalangan murid dan pelajar sekolah dalam usaha membantu menceriaka­n pelajar terutama dalam menjalanka­n aktiviti luar bilik darjah.

Pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021 dan KPM bersetuju pemakaian kasut hitam dilaksanak­an secara beransur-ansur mulai sesi persekolah­an 2019 sebelum diperluask­an penggunaan­nya pada 2020.

Jebin berkata pemakaian kasut hitam diterima baik oleh rata-rata ibubapa di seluruh sekolah di daerah ini.

Bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT), beliau berkata ia telah dilaksanak­an oleh kesemua pembekal perkhidmat­an pada hari pertama persekolah­an.

Sementara itu, mengenai kebakaran yang memusnahka­n bangunan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Nandagan Sook semalam, J ebi n berkata sebuah bilik darjah telah disediakan untuk menempatka­n 18 murid prasekolah di sekolah itu dan telah diarah untuk datang ke sekolah dan belajar seperti biasa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia