Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer lakar rekod sempurna

Lukaku bantu Manchester United tumpaskan Newcastle

-

NEWCASTLE, England: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyertai Matt Busby dalam buku sejarah Manchester United Rabu lepas apabila keputusan memasukkan Romelu Lukaku sebagai pemain gantian menerima ganjaran segera ketika menewaskan Newcastle United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan, dipastikan selepas Lukaku menjaringk­an gol pada sentuhan bola pertama beliau minit ke-64, memberikan Solskjaer kemenangan keempat berturut-turut sebagai pengurus sementara United.

Dan beliau sekarang menyertai pengurus legenda United, Busby sebagai satusatu pengurus dalam buku sejarah kelab yang memulakan karier kejurulati­han di kelab dengan empat kemenangan berturut-turut.

Lukaku menjaringk­an gol selepas Martin Dubravka gagal menepis kemas tendangan percuma Marcus Rashford.

Lukaku juga memainkan peranan dalam gol kedua United pada minit ke-80, bersama-sama Alexis Sanchez sebelum Rashford melakukan penyudah.

“Ia adalah ujian yang sukar,” kata Solskjaer ketika bercakap tentang prestasi Rashford dan kemunculan gandingan Lukaku dan Sanchez.

“Beliau sentiasa diasak, dikasari, beliau melakukan tandukan, memenangi bola dan banyak berlari.

“Beliau akan menjadi penyerang tengah yang berbakat suatu hari nanti tetapi kami juga mempunyai Rom (Lukaku), jadi kadang-kadang beliau terpaksa bermain di bahagian sayap kanan atau kiri, kadang-kadang di bahagian tengah. Beliau akan kerap beraksi.

“Tetapi saya merasakan ia adalah masa untuk menu- runkan Rom dan Alexis, dan ketika ia satu jaringan cantik oleh Marcus dan Romelu melakukan tugas mereka sebagai penyerang. Jika anda melakukann­ya, anda akan mempunyai lima atau enam gol dengan mudah pada setiap musim.”

Selepas separuh pertama musim yang hambar di bawah bimbingan bekas pengurus Jose Mourinho, kemenangan menambah lagi rasa kagum ditunjukka­n oleh penyokong United kepada bekas pemain kelab itu.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward, yang dikritik teruk kerana sebahagian dari prestasi buruk kelab sejak persaraan Alex Ferguson dan penurunan dari kemuncak bola sepak Inggeris, sekurang kurangnya melakukan sesuatu yang bijak dengan memecat Mourinho dan melantik pengurus sementara sehingga akhir musim.

Ia memberikan Solskjaer tiga perlawanan boleh menang – menentang Cardiff, Huddersfie­ld dan Bournemout­h – kemenangan yang dicapai oleh Solskjaer dengan beberapa aksi bergaya.

Tetapi pada kunjungan ke St James’ Park, pada akhir musim perayaan, sentiasa menawarkan salah satu cabaran getir untuk skuad ‘baharu’ United dan separuh masa pertama menjadi peringatan jelas tentang kadar kerja yang masih perlu dilakukan oleh Solskjaer jika beliau mahu meneruskan kecemerlan­gan musim ini.

Paul Pogba, yang terlibat dalam tujuh gol dari tiga perlawanan sejak Solskjaer tiba, sekali lagi kelihatan pemain yang berbeza ketika di bawah pengurusan ketat Mourinho.

Beliau menguji Dubravka pada awal permainan tetapi ketika United mungkin menguasai permainan, ia tidak begitu merungsing­kan pasukan tuan rumah.

Newcastle bagaimanap­un mengimbang­i permainan dan memiliki peluang lebih baik dalam separuh masa pertama, memberikan peringatan kepada Solskjaer bagaimana pasukannya juga kelihatan rapuh di benteng pertahanan.

Dua kali dalam masa yang singkat pada pertengaha­n separuh masa pertama, Christian Atsu mengambil peluang dari kealpaan pertahanan United walaupun tidak mencemaska­n penjaga gol David de Gea.

Pemain pertahanan United, Phil Jones, juga hampir menghadiah­kan peluang apabila kehilangan bola di hujung kotak penalti sebelum menebus kesilapan dengan melakukan terjahan kemas ke atas Salomon Rondon. Separuh masa kedua menyaksika­n United meningkatk­an serangan dengan Rashford semakin berbahaya tetapi walaupun pergerakan menarik, United tetap gagal mencari gol pembukaan.

Keputusan Solskjaer membuat pertukaran – memasukkan Lukaku dan Sanchez, membuahkan hasil segera dengan Lukaku membuka jaringan pada sentuhan pertama beliau sebelum gandingan Lukaku dan Sanchez memastikan Rashford menamatkan saingan pasukan tuan rumah dengan gol kedua.

 ??  ??
 ??  ?? POGBA diasak oleh dua pemain Newcastle ketika Manchester United menentang Newcastle di Saint James Park.
POGBA diasak oleh dua pemain Newcastle ketika Manchester United menentang Newcastle di Saint James Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia