Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola yakin Liverpool akan tercicir mata

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berasa yakin pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, akan tercicir mata di antara sekarang dan akhir musim.

City gagal mengekalka­n saingan dengan Liverpool – yang masih belum tewas sebelum pertemuan lewat kedua-dua pasukan – dan berada di tangga liga, tujuh mata di belakang.

Liverpool tercicir hanya enam mata setakat musim ini dan memulakan perlawanan menentang City dengan rekod sembilan kemenangan berturut-turut dalam liga tetapi Guardiola berasa yakin mereka akan melakukan kesilapan ekoran jadual padat dalam bola sepak domestik dan di Eropah.

“Kami masih bersaing, masih ada banyak lagi perlawanan dan saya fikir semua kelab akan tercicir mata, termasuk Liverpool kerana ada banyak pertanding­an perlu diharungi,” kata beliau Rabu lepas.

“Mereka beraksi dengan luar biasa... menjaringk­an empat atau lima gol dalam setiap perlawanan. Mereka begitu mantap di bahagian pertahanan dan serangan.”

Guardiola merasakan pasukan beliau sendiri selayaknya pujian kerana mengumpul 47 mata dari 20 perlawanan liga dan berasa yakin mereka akan terus memberikan saingan dengan Liverpool selepas perlawanan lewat.

“Kami tercicir beberapa mata tetapi ia perkara biasa. Sepanjang musim, kadangkada­ng anda lupa apa yang harus anda lakukan,” tambah beliau.

“Anda harus ingat kembali dan bangkit semula dan kami sudah melakukann­ya dengan sangat baik.”

Liverpool belum memenangi kejuaraan liga sejak 1990, dua tahun sebelum format baharu Liga Perdana Inggeris diperkenal­kan dan Guardiola percaya ia adalah motivasi sangat penting buat skuad kendalian Jurgen Klopp, sama seperti motivasi untuk pasukan beliau ketika memenangi kejuaraan liga musim lepas dengan rekod 100 mata.

“Pandangan saya ialah musim lepas ia adalah sedikit mudah untuk mengekalka­n motivasi kerana 80 peratus pemain belum memenangi apa-apa sebelum ini.

“Jadi saya boleh merasakan apa yang mereka (Liverpool) rasakan sekarang. Selepas 29 tahun tidak memenangi kejuaraan liga, untuk berpeluang memenangi Liga Perdana, saya boleh memahaminy­a.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia