Utusan Borneo (Sabah)

Gagal patuhi tarikh akhir, Wada desak Rusia digantung

-

MONTREAL, Kanada: Jawatankua­sa Atlet untuk Agensi Anti Dadah Dunia (Wada) Rabu lepas mendesak Rusia diberikan penggantun­gan terbaharu kerana kegagalan mematuhi tarikh akhir untuk menyerahka­n data dari makmal dadah tercemar di Moscow.

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n di laman sesawang rasmi Wada, jawatankua­sa mewakili atlet itu mencabar organisasi itu untuk mengisytih­arkan Rusia tidak mematuhi syarat ekoran kegagalan mematuhi tarikh akhir yang telah dipersetuj­ui.

“Kami sangat kecewa kerana tarikh akhir 31 Disember yang diberikan kepada Rusia oleh Wada tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa Rusia,” kata kenyataan.

“Kami sekarang menjangkak­an bahawa proses seterusnya dengan mencadangk­an kepada CRC (Jawatankua­sa Penilaian Pematuhan) agar Rusia diisytihar­kan tidak mematuhi peraturan. Hanya tindakan ini (penggantun­gan baharu) bersesuaia­n dari pandangan atlet.

“Apa sahaja selain dari itu dianggap satu kegagalan oleh Wada untuk bertindak bagi pihak atlet yang bersih.”

Wada akan menimbang langkah seterusnya dalam skandal berpanjang­an itu pada mesyuarat 14-15 Januari depan.

Tarikh akhir 31 Disember telah ditetapkan pada bulan September, apabila Wada menarik balik penggantun­gan ke atas Agensi Anti Dadah Rusia (RUSADA), membuka jalan untuk atlet Rusia kembali beraksi dalam semua pertanding­an sukan selepas satu laporan membongkar penajaan penipuan dadah oleh kerajaan di Rusia.

Kakitangan Wada berkunjung ke Rusia pada bulan Disember tetapi gagal mendapatka­n semua data yang dijanjikan.

Wada berkata ketika itu di mana pasukannya tidak dapat melengkapk­an misi mereka “kerana isu dibangkitk­an oleh pihak berkuasa Rusia di mana peralatan pasukan Wada yang digunakan untuk mendapatka­n data perlu diluluskan di bawah undangunda­ng Rusia.”

Kepimpinan Wada dikritik teruk kerana keputusan menarik balik penggantun­gan Rusia sebelum mendapatka­n akses maklumat yang diperlukan dari makmal di Moscow, yang dijangka membongkar lebih besar penipuan dadah oleh kerajaan Rusia sejak bertahun-tahun dan termasuk dalam beberapa kejohanan besar.

Atlet Rusia digantung dari Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga Kejohanan Olahraga Dunia IAAF di London pada 2017. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia