Utusan Borneo (Sabah)

Erat perpaduan, persefaham­an

KRT Taman Pantai Lok Kawi anjur Malam Perpaduan Di Ambang 2019

-

PAPAR: Malam Perpaduan Di Ambang 2019 anjuran KRT Taman Pantai Lok Kawi pada 31 Disember lepas agak berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Kali ini program malam perpaduan itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Papar Haji Ahmad Haji Hassan seterusnya merasmikan majlis yang diserikan dengan pelbagai acara seperti tarian kanakkanak, nyanyian lagu-lagu karaoke.

“Kehadiran Ahli Parlimen memberikan kebanggaan kepada ahli-ahli KRT Taman Pantai Lok Kawi. Kami mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n yang setinggi tingginya atas kehadiran beliau,” kata Pengerusi KRT Taman Pantai Lok Kawi, Asmara Haji Mohd Bilin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Haji Ahmad memuji kerjasama erat , semangat berpasukan dan kerja keras KRT Taman Pantai Lok Kawi dalam mengeratka­n perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap pada tahun ini banyak programpro­gram pembanguna­n dapat dilaksanak­an untuk memberi kesejahter­aan kepada rakyat khasnya di Papar.

“Kita akan terus melakukan pendekatan mesra rakyat dan cuba sedaya upaya untuk menampung aspirasi rakyat dalam melaksanak­an pembanguna­n,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Haji Ahmad diraikan dalam acara sambutan hari jadi kerana tarikh 31 Disember kebetulan adalah hari lahir beliau.

Turut diadakan dalam majlis itu adalah acara memotong kek yang turut disertai pemimpinpe­mimpin masyarakat Papar dan ahli KRT Taman Pantai Lok Kawi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Papar Adnan Atin, Pegawai Perhubunga­n Parlimen George Juning dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawang Mohd Faizal Padlee.

Kita akan terus melakukan pendekatan mesra rakyat dan cuba sedaya upaya untuk menampung aspirasi rakyat dalam melaksanak­an pembanguna­n. HAJI AHMAD HAJI HASSAN Ahli Parlimen Papar

 ??  ?? AHMAD memotong kek meraikan hari jadi beliau.
AHMAD memotong kek meraikan hari jadi beliau.
 ??  ?? AHMAD (tiga dari kanan) Asmara (empat dari kanan) dalam majlis Malam Perpaduan Di Ambang 2019.
AHMAD (tiga dari kanan) Asmara (empat dari kanan) dalam majlis Malam Perpaduan Di Ambang 2019.
 ??  ?? ANTARA tarian kanak-kanak yang dipersemba­hkan dalam majlis itu.
ANTARA tarian kanak-kanak yang dipersemba­hkan dalam majlis itu.
 ??  ?? JEJAK PERPADUAN
JEJAK PERPADUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia