Utusan Borneo (Sabah)

Panas dan kotor, arang sumber rezeki

-

PERNAH mencuba beberapa pekerjaan termasuk menjadi nelayan dan tukang rumah, akhirnya Nordin Ismail kembali bekerja dengan bapanya yang mengusahak­an pembuatan arang kayu.

Sejak zaman persekolah­an lagi, beliau sering membantu bapanya Ismail Said, membuat arang kayu, jadi tidak hairanlah jika pekerjaan lain didapati tidak serasi dengannya.

“Setelah membantu ayah secara sepenuh masa, lama kelamaan saya sedar bahawa industri membuat arang perlu diteruskan sebab pada masa depan mungkin tak akan ada orang yang mahu membuat kerja-kerja macam ni.

“Sementelah, masyarakat kampung ini yang tahu membuat arang juga semakin berkuranga­n,” katanya pada Bernama ketika ditemui di tapak pembuatan arangnya di Kampung Gok, di sini.

Kini, Nordin, 43, adalah satu-satunya pengusaha arang yang aktif di kampung itu.

Ketika bapa beliau menjalanka­n industri itu, terdapat kira-kira 30 buah gok - tempat pembakaran - milik penduduk kampung tersebut, justeru dinamakan Kampung Gok. Kini kampung itu dikenali sebagai Kampung Kolam.

Langsung Tidak Minat

Menurut Nordin, setelah bekerja dengan bapanya untuk beberapa ketika, beliau diberi kepercayaa­n mengambil alih perusahaan membuat arang itu pada 2002. Lima tahun kemudian, bapanya meninggal dunia.

Sejak itu, beliau yang dibantu abangnya nekad meneruskan kelangsung­an industri yang diusahakan ayahnya bersama rakan-rakan sejak kira-kira 40 tahun sebelum itu.

“Dulu kawasan kampung ini mempunyai banyak gok, boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua gok. Malah, ada orang dari kampung dan negeri lain berpindah ke kampung kami, hanya untuk menjalanka­n perusahaan yang sama.

“Pada peringkat awal, gok hanya dibina di tepi jalan atau di tepi rumah masing-masing, namun apabila semakin berkembang, gok mula dibina di seluruh kampung,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan arang kayu sekarang dihasilkan secara moden di kilang-kilang.

Menurut Nordin, walaupun kampung itu pernah terkenal dengan perusahaan arang kayu, namun kini industri itu ditelan kemodenan kerana umumnya generasi muda langsung tidak berminat untuk melakukan pekerjaan seumpama itu -yang panas dan kotor - apatah lagi untuk mengambil alih perusahaan keluarga.

Asap Tebal

“Kini hanya tinggal saya sahaja pengusaha tunggal yang masih mencari rezeki dengan membuat arang kayu sepenuh masa, ada juga beberapa orang kampung yang buat arang, tapi hanya bila perlu dan selalunya sekadar untuk kegunaan sendiri,” tambah beliau yang mempunyai lima buah gok.

Gok-gok itu dipindahka­n dari tapak asal yang tidak jauh dari rumahnya ke kawasan kira-kira 2 km dari penempatan bagi mengelakka­n asap pembakaran mengganggu penduduk sekitar.

“Kedudukan tapak gok juga penting kerana proses pembuatan arang mengeluark­an asap tebal yang boleh mengganggu keselesaan penduduk sekitar jadi setiap aduan penduduk kampung perlu diberi perhatian,” katanya

Setiap kitaran membuat arang memakan masa agak lama, jadi Nordin hanya dapat menghasilk­an arang sebanyak tiga atau empat kali sahaja setiap dua bulan.

Proses pembuatan arang kayu mengambil masa kirakira 17 hari iaitu kayu dibakar di dalam gok selama 15 hari dan kemudianny­a dibiarkan sejuk selama dua hari sebelum proses pembungkus­an dan pemasaran dilakukan. Setiap bungkus arang dijual dengan harga RM2.20.

Pelanggan beliau terdiri daripada masyarakat kampung dan sekitar, kedai runcit serta pemborong termasuk dari Kelantan.

Arang Terbaik

Pemilihan kayu amat penting dalam penghasila­n arang yang berkualiti tinggi kerana sekiranya menggunaka­n kayu yang tidak sesuai, arang itu kelak hanya akan menghasilk­an percikan api atau sukar dihidupkan.

Kayu yang sering menjadi pilihan pengusaha untuk menghasilk­an arang terbaik adalah kayu pokok gelam, bakau dan cengal.

“Saya juga tidak gunakan kayu pokok rengas untuk dijadikan arang kerana getahnya beracun dan boleh membahayak­an pengguna manakala pokok kekabu juga tidak sesuai kerana api susah dihidupkan untuk proses pembakaran.

“Walaupun harga arang ini tidak semahal bahan bakar yang lain namun kita perlu mengekalka­n kualitinya kerana sejak dahulu lagi arang menjadi bahan bakar untuk memasak,” kata Nordin sambil menambah bahawa memasak menggunaka­n arang akan menghasilk­an satu aroma yang berbeza.

Setiap pekerjaan dan perniagaan ada cabarannya, begitu juga bagi Nordin. Beliau pernah beberapa kali mengalami kerugian apabila arangnya rosak berikutan kawasan tempat pemprosesa­n arangnya dilanda banjir pada musim tengkujuh.

Arang Masih Diperlukan

Sementara itu, Ibrahim Mat Hassan, 64, yang merupakan antara orang terawal bersamasam­a Ismail (bapa Nordin) yang membuka kampung berkenaan berkata: “Pada awal tahun 80an dahulu, saya antara mereka yang turut menjalanka­n perusahaan ini dan pada masa itu saya mempunyai tiga buah gok dekat dengan rumah.

“Ketika itu kebanyakan penduduk di sini bergantung hidup kepada perusahaan membuat arang, ada juga yang menjadi nelayan dan bertukang,” jelas beliau.

Beliau bagaimanap­un tidak lagi membuat kerja-kerja itu kerana faktor kesihatan dan usia.

“Walaupun saya tidak lagi terlibat dengan pembuatan arang kayu, saya berharap lebih ramai golongan muda akan menurut jejak Nordin untuk meneruskan perusahaan yang pernah kami mulakan itu,” katanya.

Hakikatnya, arang kayu masih digunakan walaupun tidak di setiap rumah seperti zaman dahulu. Arang masih diperlukan untuk membakar ikan, sate atau barbeku, terutamany­a oleh kalangan peniaga.

Walaupun terdapat pelbagai peralatan moden untuk memanggang dan sebagainya, pasti akan ada permintaan terhadap arang kayu oleh kalangan pengguna yang lebih gemarkan kaedah tradisiona­l menggunaka­n bahan bakar semula jadi. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PENGUSAHA arang kayu tradisiona­l, Nordin Ismail, 43, (kiri) bersama pekerjanya Mohd Zakiman memunggah arang kayu yang telah siap dibakar dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
-Gambar Bernama PENGUSAHA arang kayu tradisiona­l, Nordin Ismail, 43, (kiri) bersama pekerjanya Mohd Zakiman memunggah arang kayu yang telah siap dibakar dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
 ?? -Gambar Bernama ?? PEKERJA arang kayu, Mohd Zakiman Zakia, 35, menyusun kayu sebelum proses membakar dilakukan dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
-Gambar Bernama PEKERJA arang kayu, Mohd Zakiman Zakia, 35, menyusun kayu sebelum proses membakar dilakukan dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
 ?? -Gambar Bernama ?? PEKERJA arang kayu melakukan kerja-kerja memunggah arang kayu dan membungkus arang kayu selepas dikeluarka­n dari ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
-Gambar Bernama PEKERJA arang kayu melakukan kerja-kerja memunggah arang kayu dan membungkus arang kayu selepas dikeluarka­n dari ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
 ?? -Gambar Bernama ?? MOHD Zakiman memunggah arang kayu yang telah siap dibakar dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
-Gambar Bernama MOHD Zakiman memunggah arang kayu yang telah siap dibakar dalam ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
 ?? -Gambar Bernama ?? PEKERJA arang kayu Siti Romlah Osman, 62, (kanan) bersama beberapa pekerja lain melakukan kerja-kerja membungkus arang kayu selepas dikeluarka­n dari ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.
-Gambar Bernama PEKERJA arang kayu Siti Romlah Osman, 62, (kanan) bersama beberapa pekerja lain melakukan kerja-kerja membungkus arang kayu selepas dikeluarka­n dari ‘gok’ iaitu ketuhar (tempat pembakaran arang tertutup) ketika ditemui di Kampung Kolam, Jalan Merang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia