Utusan Borneo (Sabah)

Majikan digesa patuhi perintah gaji minimum

Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 peruntuk gaji minimum seragam seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak

-

KUCHING: Majikan di Sarawak digesa mematuhi Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa 1 Januari 2019 bagi mengelakka­n mereka didenda.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak Awang Raduan Awang Omar berkata, perintah berkenaan memperuntu­kkan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, perintah baharu itu menetapkan sebanyak RM1,100 sebulan bagi pekerja yang dibayar kadar gaji bulanan dan RM5.29 sejam bagi pekerja yang dibayar gaji ikut jam.

“Majikan yang tidak membayar gaji pokok seperti yang dinyatakan dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 kepada pekerjanya merupakan satu kesalahan.

“Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JTK Sarawak di sini, pada Rabu.

Selain itu kata Awang Raduan, mahkamah boleh memerintah­kan supaya majikan itu membayar perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok yang dibayar oleh majikan kepada pekerja.

Katanya bayaran lain yang terakru daripada pengiraan gaji berdasarka­n kadar gaji minimum.

Jelasnya gaji minimum yang dimaksudka­n dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 adalah gaji pokok yang dibayar oleh majikan kepada pekerja.

“Ia tanpa memasukkan bayaran-bayaran lain secara tunai yang dibayar oleh majikan kepada pekerja bagi kerja-kerja dilakukan di bawah kontrak perkhidmat­an,” tegasnya.

Bagaimanap­un beliau memberitah­u bahawa perintah gaji minimum itu tidak terpakai bagi perkhidmat­an domestik sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Bab 76).

Perkhidmat­an domestik bermaksud seseorang yang diambil bekerja berhubung kerja sesuatu tempat tinggal persendiri­an dan tidak berhubung dengan mana-mana tred, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam tempat tinggal itu.

Tambah Awang Raduan, perintah gaji minimum itu terpakai bagi pekerja asing yang memiliki Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastauti­n yang dikeluarka­n JTK Sarawak.

“Setakat September 2018, lebih 139,000 pekerja asing yang memiliki lesen berkenaan bekerja di seluruh Sarawak,”

katanya.

“Majikan yang tidak membayar gaji pokok seperti yang dinyatakan dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 kepada pekerjanya merupakan satu kesalahan. Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. AWANG RADUAN AWANG OMAR Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia