Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah aliran Cina bukan untuk Cina sahaja tetapi semua kaum

-

MIRI: Pendaftara­n pelajar Bumiputera ke sekolah rendah aliran Cina di bandarband­ar utama di Sarawak masih tinggi.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin memuji amalan pendidikan yang amat baik di negeri ini, di mana sekolah aliran Cina tidak hanya untuk masyarakat Cina semata-mata tetapi juga kaum lain.

Ini kerana katanya, sekolah aliran Cina seperti juga sekolah-sekolah kebangsaan yang lain, merupakan tempat bagi murid Bumiputera memperoleh pendidikan sekolah rendah mereka secara formal.

“Sekolah Cina bukan hanya sekolah untuk masyarakat Cina, tetapi ia juga merupakan sekolah untuk semua kaum di negeri ini.

“Oleh sebab itu, saya sangat gembira melihat muridmurid tanpa mengira kaum dan latar belakang budaya serta agama, boleh duduk dan belajar bersama-sama di dalam bilik darjah yang sama,” katanya.

“Ini amat bersesuaia­n dengan Sarawak, sebagai model negara untuk perpaduan kaum dan keharmonia­n agama di negara ini,” ujar Lee kepada pemberita di sini, pagi semalam, selepas mengadakan kunjungan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitah­u, SJKC Chung Hua Tudan adalah salah satu contoh yang amat jelas di mana kebanyakan murid di sekolah itu adalah Bumiputera.

Beliau berkata lebih daripada 70 peratus murid di SJKC Chung Hua Tudan adalah Bumiputera yang berasal dari 28 kumpulan etnik berbeza di negeri ini termasuk Penan dan India.

Oleh itu, beliau mahukan amalan baik itu terus berkembang dengan baik di sekolah-sekolah Cina di sini.

Dengan meneruskan amalan tersebut, beliau percaya bahawa muridmurid tidak akan mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka tanpa mengira kaum, latar belakang budaya dan kepercayaa­n agama mereka.

Terdahulu, guru besar sekolah, Law Sie Kong telah memberi taklimat kepada Lee mengenai kemajuan terkini dalam pembanguna­n sekolah itu.

 ??  ?? LEE (berdiri, dua kiri) diiringi Law (kiri) ketika melawat ke kelas Tahun 1, SJKC Chung Hua Tudan di Miri, semasa sesi persekolah­an hari pertama bermula pada Rabu.
LEE (berdiri, dua kiri) diiringi Law (kiri) ketika melawat ke kelas Tahun 1, SJKC Chung Hua Tudan di Miri, semasa sesi persekolah­an hari pertama bermula pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia