Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak diyakini dibanjiri pelancong tahun ini

-

KUCHING: Sarawak diyakini dibanjiri pelancong baik dari luar negara mahupun Semenanjun­g Malaysia pada tahun 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia hasil daripada pelancaran agresif Kempen Melawat Sarawak 2019 oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB).

“Pelancaran Kempen Melawat Sarawak 2019 di Shenzhen, China dan London telah mendapat sambutan begitu hangat.

“Jadi apabila kita kenalkan Sarawak kepada dunia, saya yakin ramai orang asing akan meneroka Sarawak dan sudah pasti mereka akan menyukai Sarawak,” katanya pada pelancaran Kempen Melawat Sarawak 2019 sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di Tebingan Kuching di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta dif-dif kenamaan lain.

Bagi merealisas­ikan lagi sasaran menarik lima juta pelawat ke Bumi Kenyalang tahun ini, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak juga akan terus meningkatk­an perhubunga­n udara antara Sarawak dengan destinasi destinasi tarikan di luar negara.

Menurutnya, antara inisiatif yang sedang dilaksanak­an adalah berunding dengan syarikat penerbanga­n AirAsia untuk menjadikan Kuching sebagai hab rangkaian AirAsia.

“Sekiranya ini tercapai maka kita akan membangunk­an terminal khas untuk penerbanga­n kos rendah di Kuching,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Kerajaan Sarawak juga sedang berusaha menjalin kerjasama dengan syarikatsy­arikat penerbanga­n asing bagi mewujudkan laluan penerbanga­n antara Sarawak dengan destinasi-destinasi lain di luar negara.

Menurutnya, setakat ini Sarawak dihubungka­n dengan penerbanga­n luar iaitu Royal Brunei Airlines dan Scoot, Singapura.

Dalam pada itu, Abang J oh ari berkata Kerajaan Sarawak akan turut menaik taraf Pusat Hidupan Liar Semenggok yang menjadi tarikan pelancong untuk melihat orang utan serta Taman Negara Bako dan Gua Niah.

Sarawak menyasarka­n seramai lima juta kedatangan pelawat untuk tahun 2019 dengan pendapatan RM8.79 bilion.

 ??  ?? ABANG Johari (dua kanan) bersama isteri, Dating Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (kanan), Karim (dua kiri) dan Uggah (kiri) menyaksika­n pertunjuka­n bunga api sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di Tebingan Kuching.
ABANG Johari (dua kanan) bersama isteri, Dating Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (kanan), Karim (dua kiri) dan Uggah (kiri) menyaksika­n pertunjuka­n bunga api sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia