Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Sarawak pantau semua stesen minyak

-

KOTA SAMARAHAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak akan menjalanka­n pemantauan secara menyeluruh ke atas semua stesen minyak di negeri ini, agar tiada helah digunakan untuk mengelak kerugian atau mengaut keuntungan.

Ia adalah susulan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula harga runcit petrol berdasarka­n harga semasa dunia pada tahun ini.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman berkata bermacam-macam helah telah dikenal pasti digunakan oleh stesen minyak untuk tujuan itu seperti membuat masalah teknikal dengan tidak mahu menerima bekalan, menyekat bekalan (pengguna tidak mendapat bekalan di pasaran), memberi alasan pam rosak, tutup stesen awal dan sebagainya.

Menurut beliau, tindakan tersebut adalah menyalahi syarat lesen yang menetapkan bahawa peruncit harus memastikan bekalan mencukupi sepanjang masa.

“Kami telah menjalanka­n 392 pemeriksaa­n dan memantau sebanyak 235 stesen minyak di seluruh Sarawak, dengan mengerahka­n kesemua 202 pegawai penguat kuasa untuk memastikan setiap stesen minyak mempunyai stok bekalan.

“Ini kerana ada stesen minyak misalnya yang sepatutnya buka 24 jam tetapi tutup pada satu-satu masa, atau memberi alasan pam rosak...ini biasanya berlaku apabila kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan atau menurunkan harga pasaran petrol,” katanya selepas menjalanka­n pemeriksaa­n di Stesen Shell Zuna Enterprise di Jalan Kuching-Samarahan di sini, pada Rabu.

Menjelas lanjut, Md Nawawi yang juga ketua pegawai penguat kuasa PPDNHEP Sarawak berkata kebiasaann­ya apabila harga petrol turun, peruncit tidak mahu menerima stok.

Manakala jika harga naik, mereka akan cuba menutup stesen awal atau membuat masalah teknikal untuk menyimpan stok sedia ada di dalam tangki bawah tanah demi mengaut keuntungan sebaik sahaja harga baharu diisytihar­kan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pengguna supaya melaporkan atau membuat aduan kepada KPDNHEP menerusi http://e-aduan.kpdnhep.gov. my jika mendapati terdapat stesen minyak yang melakukan tindakan seperti itu.

Bagaimanap­un, Md Nawawi berkata daripada 392 pemeriksaa­n yang dijalankan, tiada stesen minyak yang dikesan melakukan kesalahan setakat ini sama ada di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972 atau Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara mengulas mengenai bekalan di kawasan pedalaman seperti Kapit, beliau memberitah­u tiada masalah bekalan dihadapi di bahagian itu.

“Bekalan tidak terputus di sini, cuma pembekal agak terhad kerana hanya terdapat dua stesen di Kapit iaitu Petronas dan satu itu ‘tiada jenama’.

“Kebiasaann­ya, pengguna membeli petrol dari Petronas kerana harga minyak di stesen ‘tiada jenama’ ini mahal 10 sen seliter daripada Petronas,” katanya.

Namun demikian, beliau berkata pihaknya tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas stesen ‘tiada jenama’ itu walaupun tidak mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan kerana ia menanggung kos pengangkut­an bekalan dari Tanjung Manis ke Kapit berbanding Petronas yang ditanggung subsidi.

 ??  ?? MD Nawawi semasa mengetuai pemeriksaa­n di Stesen Shell Zuna Enterprise di Jalan Kuching-Samarahan.
MD Nawawi semasa mengetuai pemeriksaa­n di Stesen Shell Zuna Enterprise di Jalan Kuching-Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia