Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman prasekolah mematangka­n murid tahun satu

- GURU prasekolah SK Merpati Jepang kelihatan memujuk seorang kanakkanak yang menangis pada hari pertama persekolah­annya.

KUCHING: Setiap kali hari pertama persekolah­an, gelagat dan ragam murid tahun satu pasti akan menjadi perhatian dengan ada antaranya menangis apabila ditinggalk­an ibu bapa masing-masing.

Namun, suasana seperti itu jarang dilihat kebelakang­an ini dan ia diakui sendiri oleh Penolong Kanan Pentadbira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang Sapiah Bujang.

Sapiah berkata, murid tahun satu kini semakin matang dan pandai menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharu pada hari pertama persekolah­an hasil pengalaman mereka di peringkat prasekolah.

“Apa yang saya perhatikan murid-murid tahun satu semakin matang di mana kita lihat mereka memang bersedia untuk menempuhi alam persekolah­an dan ini mungkin disebabkan mereka pernah ke prasekolah.

“Kita dapati mereka tidak menunjukka­n kerenah seperti mahu ikut ibu bapa balik malah mereka sangat seronok bergaul dengan kawan-kawan baharu,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana sesi persekolah­an 2019 untuk murid tahun satu di sekolah itu berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Menurutnya pada sesi persekolah­an 2019, SK Merpati Jepang mempunyai bilangan keseluruha­n murid seramai 450 orang termasuk prasekolah.

“Daripada jumlah itu, seramai 90 murid mendaftar tahun satu di sini dengan tiga kelas manakala untuk prasekolah, seramai 50 kanakkanak dengan dua kelas disediakan,” katanya sambil menambah, hari pertama untuk murid tahun satu di sekolah berkenaan dimulakan dengan sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Bagi Nursarida Aeizan, 50, ibu kepada murid tahun Satu Muhammad Zakwan Muhammad Affendi, dia tidak bimbang kerana anak bongsunya itu sudah biasa dengan suasana di peringkat prasekolah.

“Saya tengok dia gembira jadi saya rasa tak perlu tunggu dia lagi esok, biar pun ibu bapa dibenarkan berada di sekolah terutama untuk anak-anak yang belajar di tahun satu,” katanya.

Seorang lagi ibu, Norasyikin Kasoma, 46, berkata, anak ketiganya Nurzara Zahirah Junaidi mula bersemanga­t untuk ke sekolah sejak para Rabu.

“Saya tengok setakat ini dia pandai membawa diri dan kalau berterusan macam itu saya rasa saya tak perlu tunggu lagi esok,” katanya yang turut ditemani suaminya, Junaidi Muhd Daud yang datang ke sekolah itu sebelum jam 7 pagi.

Manakala Dayang Mas k o l ia h Abang Muhammad Ariff dan Muhd Tajri Ibrahim berkata, anak mereka tidak menunjukka­n sebarang kerenah dan kelihatan bersemanga­t padah ari pertama persekolah­annya.

“Pada mulanya, kami ingin menunggu anak kami, Tara di sekolah tetapi apabila melihat dia ceria bersama rakan-rakan baharu, ini membuatkan kami tidak rasa bimbang lagi selain abangnya, turut belajar di sekolah yang sama,” ujar mereka.

Sementara itu, Utusan Borneo turut melankukan tinjauan hari pertama persekolah­an di prasekolah SK Merpati Jepang di sini yang mendapati ia berjalan lancar meskipun kedengaran murid menangis selepas ditinggalk­an ibu bapa mereka.

Malah ada juga ibu bapa terpaksa menunggu di luar kelas kerana bimbang meninggalk­an anak-anak mereka.

Dalam pada itu, seramai 465,411 murid tahun satu dan kira-kira 4.7 juta murid sekolah rendah dan menengah mendaftar pada sesi persekolah­an di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia