Utusan Borneo (Sabah)

FMM ketengahka­n faktor kejayaan penting bagi era pembuatan baharu Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang bersih dan kuat serta ekosistem yang mesra perniagaan dan pelaburan merupakan antara faktor kejayaan utama yang diperlukan oleh era pembuatan baharu Malaysia, demikian menurut Persekutua­n Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Presidenny­a Datuk S oh T h ia n Lai berkata kerajaan yang bersih dan kuat diperlukan untuk memerangi rasuah pada setiap masa dan mengutamak­an pembanguna­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

“Kabinet dan pentadbira­n yang kuat, cekap dan berkesan yang mengamalka­n pertanggun­gjawapan dan meritokras­i akan memastikam tahap yang sama rata, ketelusan yang tinggi dan perundinga­n serta perkongsia­n swasta-awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Soh berkata ekosistem yang mesra perniagaan dan pelaburan akan merancakka­n sektor pembuatan, membantu pelabur baharu dan sedia ada untuk berkembang, menaik taraf dan mempelbaga­ikan perniagaan menerusi manfaat cukai langsung,dengan lebih banyak geran untuk menyokong pelaburan dalam teknologi dan inovasi termasuk teknologi Industri 4.0 terutamany­a bagi perusahaan kecil dan sederhana.

Menurutnya, perundinga­n yang kerap dan bermakna bagi dasar dan prosedur kerajaan akan meminimumk­an dan mengurangk­an kenaikan kos menjalanka­n perniagaan.

Faktor yang lain, katanya, adalah menumpukan kepada teknologi tinggi dan pengeluara­n bernilai tinggi dengan memudahkan dan mempercepa­tkan akses kepada inisiatif dan bantuan Belanjawan 2019 untuk menyokong pelaksanaa­n teknologi Industri 4.0, langganan jalur lebar berkelajua­n tinggi, inovasi, produktivi­ti, meningkatk­an kemahiran dan latihan semula.

Beliau berkata kempen beli barangan buatan Malaysia perlu juga dilancarka­n dengan segera dan memantau dengan rapat pemeroleha­n dan projek kerajaan serta dipromosik­an dengan aktif dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Beliau juga menggesa pelaksanaa­n perjanjian perdaganga­n bebas dengan segera, mengetatka­n penguatkua­saan ke atas penyeludup­an dan pemalsuan termasuk mengetatka­n undang undang perlindung­an harta intelek.

Soh juga menggesa ahli-ahli F M M untuk mengoptimu­mkan penggunaan program bantuan kerajaan yang sesuai bagi melaksanak­an inisiatif terutamany­a dalam mengguna pakai teknologi, Industri 4.0, meningkatk­an kemahiran dan inovasi.

Ahli-ahli F M M, katanya, perlu meningkatk­an pengembang­an pasar andan program pempelbaga­ian untuk menyokong strategi pembanguna­n pemasaran dan menyediaka­n dengan segera maklum balas industri kepada persekutua­n itu mengenaica­bar anyang dihadapiny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia