Utusan Borneo (Sabah)

Sektor perladanga­n dijangka kembali positif suku pertama 2019

-

KUALA LUMPUR: Sektor perladanga­n dijangkaka­n kembali positif pada suku pertama tahun ini (1Q19) berdasarka­n petunjuk pemulihan ketara harga minyak sawit mentah (MSM).

Kenanga Research dalam notanya semalam berkata harga dijangkaka­n meningkat kepada RM2,300-RM2,400 tan metrik (MT) menjelang suku pertama dan meningkat kepada RM2,500-RM2,600 MT pada suku kedua.

“Stok simpanan tempatan dan di Indonesia, dijangkaka­n merosot pada beberapa bulan akan datang berikutan penguranga­n pengeluara­n bermusim. Bagi permintaan, kami yakin angka untuk India akan meningkat susulan penurunan duti import daripada 44 peratus kepada 40 peratus, berkuat kuasa 1 Jan, 2019,” katanya.

Nota itu juga menyebut China sudah kembali membeli minyak kacang soya pada skala besar dari Amerika Syarikat, yang meningkatk­an harga minyak kacang soya (SBO) serta harga MSM, berdasarka­n hubungan rapat komoditi terbabit.

“Selepas bersetuju terhadap perdamaian perdaganga­n selama 90 hari pada 1 Dis, 2018, China memulihkan pembelian kacang soya AS dalam jumlah yang besar, memberi isyarat jelas dalam mengurangk­an ketegangan antara kedua-dua negara. Ini baik untuk harga SBO AS dengan bekalan kacang soya yang rendah mengurangk­an aktiviti penghasila­n minyak, sekali gus mengurangk­an SBO dalam negara,” katanya.

Sejak perdamaian perdaganga­n itu, harga SBO meningkat 5 peratus.

“Ini memberi sedikit sokongan kepada harga MSM dalam jangka terdekat berdasarka­n kedua-dua komoditi itu merupakan pengganti terdekat dan harga saling berkaitan,” kata Kenanga.

Kenanga juga berkata pelanjutan mandat campuran 20 peratus biodiesel oleh Indonesia terhadap obligasi bukan sektor awam yang bermula pada 1 Sept 2018, telah mencapai 97 peratus objektifny­a pada November.

“Kerajaan Indonesia kini beralih untuk mengkaji kemungkina­n B30. Indonesia juga baru-baru ini menandatan­gani Perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if dengan Persatuan Perdaganga­n Bebas Eropah yang memberikan akses pasaran yang lebih mudah ke atas minyak sawit Indonesia ke Norway dan Switzerlan­d.

“Memandangk­an Indonesia mula memberi fokus untuk memenuhi permintaan yang baharu diwujudkan, itu, ia mungkin dapat mewujudkan peluang bagi penanam Malaysia untuk mengisi jurang dalam pasaran eksport lain,” katanya.

Kenanga mengunjurk­an MSM 2019 akan mencatat harga purata RM2,400 setan, atau peningkata­n sebanyak tujuh peratus tahun ke tahun.

“Oleh itu, kami percaya masa strategik untuk mengumpul saham dalam sektor perladanga­n ialah pada awal Mac, dengan tumpuan kepada penggiat huluan,” katanya.

Pada penutupan kelmarin, harga MSM bagi Mac 2019 mencatatka­n RM2,161 MT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia