Utusan Borneo (Sabah)

CityONE akan bawa masuk pelbagai ‘outlet’ untuk kembalikan keyakinan pengunjung

-

KUCHING: Pusat beli-belah CityONE menjanjika­n suasana dan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung­nya pada tahun ini, dengan membawa masuk banyak dan pelbagai lagi ‘outlet’.

Pemilik CityONE, Ir. Stephen Long berkata pihaknya sedang berurusan dengan banyak outlet besar untuk membuka cawangan di CityONE dan mereka juga positif dengan tawaran tersebut.

“Kami sedang mencuba yang terbaik untuk membawa balik keyakinan orang ramai berkunjung ke CityONE dan sedang berusaha membawa masuk lebih banyak lagi ‘outlet’.

“Kami mahu menjadikan CityONE lebih menarik untuk orang ramai dengan banyak benda dapat dilihat, beli-belah dan makan.

“Saya berjanji ini akan berlaku dalam tahun 2019 di mana dalam beberapa bulan lagi anda akan melihat perubahan di sini,” katanya ketika ditemu bual sempena Upacara Pembukaan Semula CityONE di sini, semalam.

Menurut Stephen, CityONE kini juga sudah beroperasi sepenuhnya dengan terdapat kira-kira 140 outlet yang dibuka, setelah ia ditutup dalam tempoh kira-kira 10 hari susulan insiden letupan membabitka­n restoran Nene Chicken di dalam pusat beli-belah berkenaan pada 4 Disember tahun lepas.

Ditanya sama ada akan membuka semula Nene Chicken di CityONE, beliau berkata sedang menelitiny­a dan amat berharap agar ia dapat direalisas­ikan.

“Ya, kami amat suka untuk mempunyain­ya semula (Nene Chicken) tetapi kami perlu melihat dulu bagaimana keadaannya.

“Kami amat positif dan tidak akan berputus asa,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, CityONE yang merupakan antara pusat beli-belah terbesar di bandar raya ini telah digegarkan dengan letupan gas dari sebuah restoran makanan segera Korea, Nene Chicken ketika kerja-kerja akhir sedang dijalankan sebelum ia dibuka.

Insiden turut mengorbank­an tiga orang termasuk puluhan orang cedera dan melecur teruk.

 ??  ?? STEPHEN (kiri) menyerahka­n jersi acara E-Sport anjuran CityONE, yang pertama kali dianjurkan di Sarawak kepada Presiden Persatuan E-Sport Sarawak, Afiq Fadhli Narawi (kanan) sempena Upacara Pembukaan Semula CityONE di Kuching, Khamis.
STEPHEN (kiri) menyerahka­n jersi acara E-Sport anjuran CityONE, yang pertama kali dianjurkan di Sarawak kepada Presiden Persatuan E-Sport Sarawak, Afiq Fadhli Narawi (kanan) sempena Upacara Pembukaan Semula CityONE di Kuching, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia