Utusan Borneo (Sabah)

Perodua Aruz dibuka untuk tempahan RM72,200

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Perodua telah membuka tempahan untuk model terbaharun­ya, Aruz, dengan anggaran harga atas jalan sebelum insurans antara RM72,200 dan RM77,200.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata kenderaan utiliti sukan dengan tujuh tempat duduk dalam tiga baris (SUV) itu, akan melengkapk­an barisan produk Perodua dan dijangka menjana jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit menjelang hujung 2019.

“Perodua Aruz merupakan model transforma­si keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamata­n, yang mana telah diperakui dengan penarafan keselamata­n lima bintang oleh ASEAN NCAP.

“Dengan kualiti serta ciri-ciri berkenaan, Perodua Aruz adalah SUV yang memiliki nilai terbaik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Aruz didatangka­n dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, yang mana datang dahulu.

Zainal Abidin berkata Aruz ditawarkan dalam dua varian, 1.5 X dan 1.5 Advance, ia tersedia dalam lima pilihan warna iaitu ‘Ivory White’, ‘Glittering Silver’, ‘Electric Blue’, ‘Granite Grey’ dan ‘Amazon Green’ yang baharu.

SUV yang dibina di Sendayan, Negeri Sembilan itu, digerakkan oleh enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i serta transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

“Ia digabungka­n dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) yang mampu memberikan kecekapan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu sehingga 15.6 km/l, membolehka­n kerajaan memperakui model itu sebagai sebuah kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya.

Ciri-ciri lain, termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), piawaian antarabang­sa bagi kerusi keselamata­n kanak-kanak dalam kenderaan penumpang (ISOFIX) dan enam beg udara, kesemuanya standard dalam kedua-dua variasi.

Katanya lagi, semua variasi dipasang dengan radio skrin sentuh serta paparan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman udara untuk penumpang dan alat pembaca kad tol terbina dalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia