Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research kekalkan unjuran ‘neutral’ bagi sektor telco

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengekalka­n unjuran “neutral’ bagi sektor telekomuni­kasi berikutan ketidakten­tuan dalam dasar akan terus mendorong pelabur mengambil langkah berhatihat­i pada suku pertama 2019 (1Q19).

Bagaimanap­un, ia menjangkak­an persekitar­an operasi akan bertambah baik pada suku kedua atau ketiga (2Q/3Q19), sekiranya Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) dimuktamad­kan.

Berhubung apa yang boleh dijangkaka­n pada 2019, Kenanga berkata ia percaya ketidakten­tuan dalam dasar ditambah dengan peluasan pengagihan semula 700 MHz akan datang, akan terus memberi cabaran besar terhadap sektor telekomuni­kasi pada 1Q19.

“Namun begitu, persekitar­an operasi dijangka bertambah baik pada 2 Q /3 Q 19 sekiranya kerajaan berjaya memuktamad­kan NFCP,” katanya dalam nota semalam.

Mengenai NFCP, kerajaan telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk menggalakk­an ekonomi digital (diumumkan dalam Belanjawan 2019 barubaru ini) menerusi pelaksanaa­n NFCP.

Pelan itu secara jelas menetapkan hala tuju strategik bagi pelaksanaa­n dasar/inisiatif yang menyokong ekonomi digital dan padam asa sama mewujudkan persekitar­an kondusif untuk mempermuda­h guna pakai teknologi masa depan.

Ia turut menggarisk­an untuk menangani cabaran dari segi liputan jalur lebar, kebolehmam­puan dan kualiti infrastruk­tur digital. Tempoh pelaksanaa­n NFCP ditetapkan selama lima tahun sehingga 2023.

Berhubung cabaran dalam pelaksanaa­n NFCP, Kenanga berkata pihak berkuasa telah menggarisk­an beberapa perubahan, termasuk, menyediaka­n akses Internet bagi setiap isi rumah berdasarka­n permintaan, memastikan pembelian daripada pemegang kepentinga­n untuk membina infrastruk­tur sebagai kemudahan awam dan memastikan infrastruk­tur komunikasi berkualiti menerusi dasar gentian yang ketat (termasuk secara berperingk­at tidak lagi menggunaka­n rangkaian diperbuat daripada tembaga).

Cabaran lain termasuk meminda undang-undang relevan termasuk CMA 98 dan menggalakk­an persaingan.

“Untuk menangani cabaran pelaksanaa­n infrastruk­tur ini, pihak berkuasa telah merancang untuk menghapusk­an orang tengah, mengurangk­an birokrasi dan meningkatk­an tahap kelajuan menerusi proses penstriman Right-of-Way (RoW) (seperti ‘digging and trenching’, pemasangan gentian dan kualiti), serta menamatkan khidmat Agensi Sehenti( O S A ), di samping mempunyai perancanga­n penyelaras­an lebih baik dan kelulusan syarat oleh pihak berkuasa tempatan dan negeri,” kata Kenanga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia