Utusan Borneo (Sabah)

Ekuinas lancar dana RM1 bilion untuk galakkan perniagaan tempatan

-

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melancarka­n Fund Ekuinas Direct (Tranche IV) yang juga dikenali sebagai Fund IV bernilai RM1 bilion dan berkemungk­inan ditingkatk­an kepada RM1.5 bilion yang sedia digunakan untuk menggalakk­an pertumbuha­n perniagaan tempatan dan berpotensi tinggi.

Ekuinas berkata dana itu akan bertumpu pada Malaysia, dengan penekanan terhadap sektor teras seperti pendidikan, minyak dan gas, barangan pengguna laris, peruncitan, penjagaan kesihatan dan perkhidmat­an dan juga sektor lain dengan prospek yang positif.

“Berikutan penutupan dana sulungnya, Dana Ekuinas Direct (Tranche I), Ekuinas telah berjaya meraih RM2.3 bilion daripada hasil jualan, dividen dan faedah, yang digunakan untuk menubuhkan dana baharu ini.

“Ini menjadikan jumlah dana di bawah pengurusan Ekuinas sebanyak RM4.1 bilion,” kata syarikat pengurusan dana ekuiti persendiri­an berkaitan kerajaan itu di dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata pelancaran dana keempatnya itu selaras dengan strategi dan rancangan peniagaann­ya untuk fasa seterusnya.

“Bajet 2019 dilihat sebagai mempermuda­h dan mesra perniagaan dan tumpuan kukuh terhadap usaha memacu revolusi perindustr­ian keempat.

“Usaha kerajaan untuk menggalakk­an kerjasama dan perdaganga­n antara negara ASEAN juga mewujudkan persekitar­an perniagaan serantau dinamik, yang akan memberi kesan positif terhadap syarikat dan juga ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata syarikat melihat pemangkin ini sebagai faktor yang akan menyokong kadar pertumbuha­n di Malaysia pada 2019.

Ekuinas akan terus berusaha untuk melaksanak­an mandat dalam memperkasa syarikat berpotensi tinggi Malaysia dengan membina asas kukuh bagi memacu pertumbuha­n seterusnya sambil menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi Malaysia secara lebih meluas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia