Utusan Borneo (Sabah)

AllianceDB­S Research kekalkan sasaran 1,800 mata KLCI pada akhir 2019

- — Bernama

KUALA LUMPUR: AllianceDB­S Research Sdn Bhd telah mengekalka­n sasaran 1,800 mata pada akhir 2019 bagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berdasarka­n kepada unjuran pulangan 16 kali dicampur dengan 2019/20.

Penganalis­is Wong Ming Tek dalam satu nota kelmarin memberitah­u FBM KLCI bagaimanap­un boleh m e ru n dum kepada 1,500 mata dalam senario kelembapan akibat daripada kemeleseta­n dalam jangkaan pertumbuha­n serta ketegangan perdaganga­n.

“Kami agak berhati-hati dengan prospek pasaran yang lebih luas termasuk risiko ke atas pertumbuha­n jika krisis perdaganga­n memuncak.

“Bagaimanap­un, kami melihat peluang-peluang yang secara spesifik terkait dengan saham sedang bertambah,” katanya.

Alliance DBS juga meramalkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2018 dan 4.5 peratus pada 2019.

“Unjuran pertumbuha­n ini datang di bawah jangkaan perbelanja­an awam dan eksport yang lebih lembap selama dua suku berturut-turut.

“Ini adalah yang paling perlahan sejak 2010 kecuali 4.2 peratus pada 2016, dan antara yang paling lemah berbanding negara-negara ASEAN-5 yang lain (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand),” katanya, sambil menambah, permintaan yang agak kurang daripada sektor berorienta­sikan eksport Malaysia juga akan memberi kesan ke atas perkembang­an KDNK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia