Utusan Borneo (Sabah)

AmInvestme­nt Bank kekalkan saranan ‘beli’ untuk Mah Sing

-

KUALA LUMPUR: AmInvestme­nt Bank mengekalka­n saranan ‘beli’ bagi Mah Sing Group Bhd, berikutan pelancaran projek baharu oleh pemaju hartanah dan gaya hidup itu pada 2019, termasuk kediaman bangunan tinggi dan kediaman bertanah.

Ia percaya syarikat itu akan kekal positif bagi tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang dengan Mah Sing mempunyai hala tuju jelas bagi perumahan mampu milik yang mempunyai permintaan tinggi.

“Mah Sing telah melakukan beberapa pelancaran pada 2019 dengan tumpuan jualan pada kediaman mampu milik dan di lokasi strategik.

“Di kawasan tengah, Mah Sing akan melancarka­n kediaman bangunan tinggi iaitu M Vertica Cheras Fasa 3 dan 4, M Centura Sentul Fasa 2, Sensory Residence, Southville City KL dan kediaman bertanah Basil @ M Aruna, Rawang,” katanya dalam nota.

AmInvestme­nt Bank mengambil perhatian syarikat itu juga akan melancarka­n projek baharu di kawasan utara - Southbay City dan Icon Residence.

Tambahan pula, pulangan segera bagi model perniagaan­nya telah mengehadka­n pendedahan kepada risiko penangguha­n kelulusan tanah, mendorong pengurusan aliran tunai lebih baik.

Secara menyeluruh, Mah Sing mencatatka­n jualan baharu bernilai RM1.22 bilion bagi tempoh sembilan bulan pada 2018, dan berada di landasan untuk mencapai sasaran RM1.8 bilion bagi tahun kewangan 2018.

Jualan itu sebahagian besar diperoleh daripada pelancaran projek baharu pada 2018 dengan harga di bawah RM500,000.

Sementara itu, jualan tidak dibilkan berjumlah RM2.5 bilion akan dikutip bagi tempoh tiga tahun akan datang.

AmInvestme­nt Bank menetapkan sasaran harga RM1.21 bagi Mah Sing. Pada 11.09 pagi, saham Mah Sing naik setengah sen kepada 91 sen dengan transaksi 119,000 saham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia