Utusan Borneo (Sabah)

Melaka Gateway: Ketua Menteri jawab ‘dakwaan kitar semula’ Najib

-

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Adly Zahari kelmarin sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri telah membenarka­n projek Melaka Gateway diteruskan setelah projek itu dipastikan diselia oleh syarikat tempatan dan memberi manfaat kepada rakyat terutamany­a daripada segi peluang pekerjaan.

Beliau berkata telah menjadi polisi kerajaan negeri untuk tidak mengganggu projek pelaburan langsung asing (FDI) selagi ia diselia syarikat tempatan dan memberi pelbagai peluang ekonomi kepada rakyat.

Menurut Adly, kerajaan negeri tidak mempunyai apaapa masalah dengan pelaburan dari China kerana polisi pelaburan kerajaan negeri bersifat terbuka, namun model perniagaan daripada pelaburan itu perlu diurus dengan baik supaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

“(Melaka Gateway) sekarang kita bagi peluang kepada mereka untuk teruskan pelaburan mereka dengan Power China, itu dengan siapa mereka mahu berurusan, dari segi pihak kita bagi pandangan jelas selagi projek itu di bawah seliaan tempatan tiada gangguan polisi kita masih kekal.

“Tentang pelaburan asing ini, projek itu (Melaka Gateway) masih berjalan sekarang, isunya pelabuhan dan terminal feri, untuk FDI ada pandangan jelas pelaburan industri itu, mereka boleh datang ke kawasan industri kita.

“Cuma pelaburan asing itu mesti memberikan peluang kepada orang tempatan, itu yang diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke produk pelanconga­n di Bandaraya Melaka, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebookny­a Selasa lalu yang sekali lagi menyatakan rasa ‘pelik’ apabila Adly dipetik sebagai berkata projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi amat penting untuk pembanguna­n negeri, yang mana ‘dakwaan kitar semula itu’ telah pun dibuat Najib pada pada 6 Ogos tahun lepas dan dijawab Adly kira-kira seminggu kemudianny­a.

Najib juga pelik projek yang dibuat semasa beliau menjadi perdana menteri dilabel sebagai ‘jual negara’ tetapi apabila dilaksana sekarang, ia menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilang­an Kesultanan Melaka walaupun projek itu tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham.

Adly pada 14 Ogos telah pun menjawab dakwaan Najib itu dengan menegaskan bahawa pelbagai penambah b a ikan telah dilakukan terhadap projek tersebut untuk memastikan ia menjadi pemangkin kepada sektor pelanconga­n dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, semasa pentadbira­n kerajaan sebelum ini, terdapat rancangan tanah di Melaka Gateway dipajak kepada syarikat asing, yang mana ia merupakan antara isu yang menjadi kebimbanga­n kepada Pakatan Harapan dan rakyat secara amnya.

Melaka Gateway adalah projek pembanguna­n komersial bercampur seluas 246.4 hektar bernilai RM43 billion terdiri daripada tiga pulau baharu yang dijangka siap pada 2025.

Dalam pada itu, Adly berkata selain Melaka Gateway sebuah lagi pelaburan daripada syarikat China iaitu Xinyi Glass di Elkay Industrial Park Lipat Kajang, Jasin, dekat sini, yang mengeluark­an ‘float glass’ dan ‘solar glass’ telah membuka peluang pekerjaan kepada 350 pekerja tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia