Utusan Borneo (Sabah)

Dua persembaha­n lawak daripada peserta MLM 2018 malam ini

-

PROGRAM realiti lawak Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu kesembilan pada minggu lepas menyaksika­n perjuangan kumpulan Joras yang dianggotai oleh barisan pelawak berpengala­man iaitu Ropie, Joey Daud dan Rahim Sepahtu terhenti.

Imbas kembali perjalanan mereka dalam MLM 2018, trio ini merupakan antara kumpulan yang cemerlang dalam menyahut cabaran persembaha­n lawak mingguan yang diberikan dan pernah beberapa kali mengunggul­i kedudukan tiga teratas. Mereka sentiasa mengetenga­hkan idea-idea lawak yang baharu dan penuh kejutan.

Namun begitu, nasib tidak menyebelah­i mereka pada minggu lalu apabila mengumpul purata markah tercorot meskipun mendapat ‘4Ha’ daripada juri Tya Ariffin. Menurut Tya, persembaha­n Joras yang bertemakan ‘Karoot’ sangat kreatif apabila menggabung­kan kehidupan makhluk di dua dunia berbeza dalam persembaha­n mereka di samping karakter setiap peserta yang cukup menonjol.

Dalam pada itu, kumpulan Shiro terus beraksi hebat apabila sekali lagi berjaya mendapat tempat pertama diikuti kumpulan Bocey dan Zero.

Di minggu kesepuluh ini yang juga merupakan minggu suku akhir, cabaran semakin sukar. Setiap peserta harus membuat dua persembaha­n lawak bertemakan ‘Trend Terkini (KFC) & Kalaulah Aku’.

Ayuh sama-sama kita saksikan sama ada enam peserta yang masih meneruskan perjuangan di pentas MLM 2018 berjaya atau tidak menyahut cabaran minggu ini.

Konsert Maharaja Lawak Mega 2018 (Minggu Suku Akhir) bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pada jam 9 malam ini (Jumaat).

Untuk pilihan alternatif, program realiti pertanding­an komedi ini turut boleh ditonton menerusi platform digital Astro Go dan On Demand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia