Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan filem ‘Petta’ lakonan Rajnikanth sempena Ponggal

-

PEMINAT filem Tamil akan dapat menyaksika­n filem ‘Petta’ yang dibintangi oleh bintang ternama Kollywood, Rajnikanth pada pertengaha­n Januari ini dan merupakan filem pertama yang ditayangka­n sempena sambutan Ponggal sejak 24 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporatio­n Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang syarikatny­a memegang hak pengedaran filem itu berkata kali terakhir peminat filem Tamil menyaksika­n pelakon pujaan mereka di layar perak sempena sambutan Ponggal ialah pada tahun 1995 menerusi filem ‘Basha’.

“Kami cuba memujuk bintang pujaan Tamil itu untuk datang ke Malaysia bagi menyaksika­n tayangan perdana filemnya, namun beliau (Rajinikant­h) enggan berjanji tetapi akan mencuba sedaya upaya untuk datang.

“Itu sudah cukup menyatakan komitmen beliau yang masih menimbangk­an jemputan itu,” katanya kepada Bernama.

Petta, yang bermaksud tempat tinggal dijadual akan ditayangka­n serentak pada 10 Januari di 140 pawagam di seluruh negara dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telugu.

Filem ini memaparkan kerjasama pertama Rajinikant­h dengan pengarah muda Karthik Subbaraj dengan pelakon lain termasuk pelakon Bollywood Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha dan Bobby Simha.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata beliau perlu bersaing dengan banyak pemain besar untuk mendapatka­n hak pengedaran filem itu yang dikeluarka­n di bawah Sun Pictures.

“Kami berterima kasih kerana syarikat Malaysia akhirnya mendapat hak pengedaran ekoran kejayaan kami dalam menjalanka­n aktiviti promosi untuk filem Rajnikanth ‘Kabali’ yang mencipta konsep baru dalam promosi jenama,” katanya.

Abdul Malik mencipta gelombang dalam filem Kollywood menerusi filem ‘Kabali’ pada tahun 2016 di mana beliau berjaya memujuk bintang filem Tamil itu untuk tinggal di Malaysia selama lebih daripada 50 hari untuk menyiapkan 90 peratus daripada rakaman filem tersebut di Malaysia.

Tayangan filem ‘Kabali’ mengutip sejumlah RM13 juta di seluruh negara. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia