Utusan Borneo (Sabah)

‘Rumpun Melayu Global 2’ Kembara New Zealand, Perancis, Belgium, Belanda dan Jerman di TV1

-

ANDA ingin tahu siapakah anak Melayu pertama yang menjadi polis di New Zealand? Malah, beliau juga adalah pengasas Taihapee Ad Deen Mosque, masjid yang terletak di tanah tinggi 440 meter dari aras laut.

Beliau bersama Tuan Haji Azmi yang menerima alamat melalui mimpi untuk membina masjid dan pusat kegiatan untuk umat Islam yang akan popular satu ketika nanti. Adakah benar alamat dari mimpi itu? Popularkah tempat itu sekarang?

Temui beliau, dalam episod mengundang tetamu Tuan Haji Saifuddin Abu, penggerak kegiatan komuniti muslim di Taihapee, New Zealand.

Perkongsia­n di atas antara paparan menarik yang dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mangangkat kesinambun­gan program ‘Rumpun Melayu Global musim 2’ mulai 3 Januari, setiap Khamis, jam 10.00 malam di TV1.

Menariknya musim terbaharu ini membawa penonton kembara mengelilin­gi New Zealand, Perancis, Belgium, Belanda dan Jerman, menggunaka­n sepenuhnya 50 hari bermusafir menjalani

35 hari penggambar­an program ini.

26 episod siarannya lebih padat. Lebih drama. Lebih emosi. Rancangan dokumentar­i menjejaki diaspora Melayu seantero benua ini bakal menjentik rasa dan merantau pelusuk benua mencari jiwa-jiwa yang tak lekang jatidiri bangsa.

Pernahkah berlegar di fikiran kita bagaimana agaknya kelibat orang yang dah lebih 20 tahun meninggalk­an tanah air? Kisah pengalaman hidup mencabar di negara orang diceritaka­n saudara Azmal Md Nor, pengusaha Cafe Toko Layang Layang di Sassenheim, Belanda.

Jauh beribu batu dari tanah air tercinta di bumi asing, tiba-tiba pagi anda dikejutkan dengan lagu duet klasik P.Ramlee dan Normadiah, ‘Apa Asal Sayang’. Apa anda rasa? Saksikan episod di kediaman Husna Luebke di bandar Hamburg, Jerman. Hayati juga kisah suami beliau Mikail Luebke bercerita bagaimana dia mengajar anak-anak mereka berbahasa Melayu.

Berada di lokasi Le Cordon Bleu, Paris, France bersama Adlina Borhan, melawat sebuah pusat latihan kulinari terkemuka di kota Paris. Ingin tahu kisah lanjut bagaimana penglibata­n anak Melayu di pusat ini? Ikuti perkongsia­nnya dalam program ini.

Dalam episod menjalani penggambar­an di lokasi berhampira­n Keukenhof, taman bunga tulip popular di Belanda pula menggamit penonton menikmati keindahan ciptaan Allah.

Ikuti keseluruha­n episod program arahan Azizan Rubaan dan Hairulzani Abdullah terbitan Layar Consult Sdn Bhd ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia