Utusan Borneo (Sabah)

Peguam Negara diminta ambil tindakan henti fitnah terhadap Agong

-

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan meminta Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan segera bagi menghentik­an pengedaran berita palsu terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Peguam Negara perlu mengambil berat tentang apa yang beliau (Mohd Amar) gambarkan sebagai perbuatan tidak bermoral kerana ia tidak hanya melibatkan Sultan Kelantan dalam kapasiti peribadi tetapi Institusi Raja-Raja.

“Adalah menjadi tanggungja­wab Peguam Negara untuk memastikan maklumat yang tidak betul tidak beredar di kalangan rakyat,” katanya, sambil menambah bahawa tiada apa yang telah dilakukan setakat ini untuk menghentik­an peredaran berita palsu itu.

“Kita bercakap tentang institusi, Yang di-Pertuan Agong adalah sebuah institusi, Sultan adalah sebuah institusi,” tegasnya pada sidang akhbar selepas Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyampaik­an ucapan Tahun Baharu 2019 di sini.

Mohd Amar mengulas mengenai khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sejak beberapa hari lalu.

Mohd Amar juga berkata bahawa sesetengah orang telah mempersoal­kan apa yang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara sehinggala­h tuduhan, berita palsu dan khabar angin beredar di media sosial.

“Malah, Peguam Negara perlu mengambil berat tentang perkara ini dan bertindak di mana ia boleh bertindak dan menyiasat apa yang perlu disiasat,” katanya.

Mohd Amar berkata beliau tidak menolak kemungkina­n peredaran berita palsu itu dirancang untuk merosakkan imej kerajaan Kelantan.

“Semua orang tahu bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan rapat dengan Yang diPertuan Agong. Justeru, apa-apa jua terhadap Yang di-Pertuan Agong juga boleh menjejaska­n kerajaan negeri,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia