Utusan Borneo (Sabah)

ANTARA INISIATIF DAN PENCAPAIAN TAHUN 2018

-

Kajian mengurangk­an beban dan tugas guru yang tidak relevan termasuk kerja-kerja perkerania­n.

Memansuhka­n dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN yang memanfaatk­an 429,945 peminjam.

Kajian komprehens­if ke arah pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Buat permulaan, Seksyen 15(2)(c) AUKU telah dimansuhka­n.

Kesemua 20 Universiti Awam (UA) telah menerima status autonomi.

Menghidupk­an kembali Sudut Pidato bagi memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara.

Membolehka­n ahli politik masuk ke UA dan sekolah-sekolah kerajaan dengan bebas.

Mahasiswa diberi mandat untuk mengendali­kan sendiri pilihan raya kampus di UA.

Jawatankua­sa Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara diwujudkan untuk menyemak dasar dan operasi sistem pendidikan agar sesuai dengan era IR4.0.

Membolehka­n kanak-kanak warganegar­a Malaysia tanpa dokumen masuk sekolah.

Kajian rintis bagi menangani masalah keciciran murid untuk membolehka­n setiap murid masuk sekolah.

Langkah membolehka­n 60 peratus pelajar daripada golongan B40 memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Zero Reject Policy bagi membolehka­n lebih ramai Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) merasai akses kepada sistem pendidikan berkualiti.

Peperiksaa­n bagi murid Tahap Satu dimansuh, dan akan digantikan dengan pentaksira­n dalam bilik darjah mulai tahun 2019.

Membentuk Jawatankua­sa Pemerkasaa­n TVET dan menyemak keperluan institusi TVET.

Membangunk­an pelan pembanguna­n yang lebih menyeluruh bagi menangani isu sekolah-sekolah daif, sekolah dua sesi dan isu sekolah padat.

Menubuhkan Jawatankua­sa Integriti Akademik untuk memperkasa, mengukuh dan membudayak­an integriti akademik.

Memperkena­lkan inisiatif khas demi mengiktira­f Sasterawan Negara.

Memperkena­lkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan.

Memperkasa pendidikan tahfiz menerusi penambahba­ikan program tahfiz dengan Sekolah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan.

Menangguhk­an sistem IQNILAM bagi mengurangk­an beban dalam kalangan guru, dan untuk tujuan penambahba­ikan.

Melantik Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu menerusi sistem temu duga terbuka.

Mengambil tindakan penyelesai­an bagi membolehka­n Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dibuka pada sesi 2019.

Kolaborasi dengan NGO pendidikan khas untuk menambah baik pendidikan khas dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Pengiktira­fan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO.

Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pertama di Putrajaya.

Memperkena­lkan sistem e-scroll bagi mengelakka­n penipuan dan pemalsuan ijazah.

Kerjasama bersejarah antara DBP dan pertubuhan Dong Zhong.

Penempatan Pengetua Berprestas­i Cemerlang ke sekolah-sekolah harapan.

Pelancaran silibus skil keselamata­n aktiviti-aktiviti air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia