Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang maut di lokasi kejadian, bertembung pacuan empat roda

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Merotai-Kalabakan di sini, kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa, Hendra Tahir, 37, seorang pemegang pasport warga Indonesia dan tinggal di Ladang Keruing Luasong Kalabakan.

“Kenderaan pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki, 33, dan turut dinaiki bersama isterinya, 46, serta dua anak perempuann­ya yang berumur 10 dan tiga tahun,” katanya.

Fadil berkata pemandu kenderaan itu dan isterinya masih menerima rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Tawau, manakala dua anaknya pula tidak mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, hasil siasatan awal mendapati sebelum kemalangan terbabit berlaku, mangsa dalam perjalanan dari rumah keluargany­a di Bombalai menuju ke Kalabakan.

“Kenderaan pacuan empat roda dari arah Kalabakan menuju ke klinik di Bandar Tawau, namun secara tibatiba merempuh motosikal mangsa apabila tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan itu menyebabka­n mangsa terheret sejauh kira-kira 29 meter sebelum tercampak ke bahu kiri jalan menuju Kalabakan bersama motosikaln­ya,” katanya.

Menurutnya, kenderaan pacuan empat roda terbabas ke dalam parit yang berkedalam­an kira-kira 1.5 meter dan bergerak sejauh kira-kira 27 meter dari lokasi mangsa tercampak.

Beliau berkata kejadian itu disyaki berpunca akibat pemandu pacuan empat roda tidak dapat melihat kehadiran mangsa kerana lampu hadapan motosikaln­ya tidak berfungsi.

“Namun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan dikendalik­an oleh Pegawai Penyiasat Insp Norhafizah Hussin,”

 ??  ?? PENUNGGANG motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Merotai-Kalabakan.
PENUNGGANG motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Merotai-Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia