Utusan Borneo (Sabah)

Jangan bangkit isu perkauman kerana politik

-

PITAS: Presiden Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN), Rahim @ Richard Mazagi melahirkan rasa terkilan dan kesalnya terhadap kenyataan PAS yang tersiar di media sosial berhubung sambutan Hari Krismas di Tawau barubaru ini.

Katanya, keharmonia­n kaum di Sabah tidak sepatutnya dirosakkan oleh extremist dan pemimpin atau ahli politik jangan sesekali mencampur adukkan sentimen agama semata-mata untuk mencapai kepentinga­n politik mereka.

Katanya, negeri Sabah mempunyai 32 suku kaum dan berbagai anutan agama yang harus difahami dan dihormati oleh generasi kini dan masa akan datang demi mengekalka­n keharmonia­n kaum dan sentiasa terpelihar­a.

Richard yang ditemui sini kelmarin menambah, jika sekiranya Pas bersifat dan berpendiri­an sedemikian bermakna mereka hanya layak duduk di negeri-negeri tertentu sahaja jauh sama sekali di negeri Sabah kerana negeri ini terbuka untuk mereka yang tidak membelakan­gkan adat budaya suku kaum masyarakat majmuk seperti yang terdapat di negeri ini.

Menurutnya, sejak sekian lama rakyat negeri Sabah sudah mengamalka­n budaya bersatu meskipun mempunyai fahaman politik berbeza contohnya, apabila agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO menganjurk­an program seperti sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Adha, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Pesta Menuai/ Kaamatan, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya ianya dihadiri oleh bukan satu suku kaum, malah lebih mementingk­an kepada perpaduan dan keharmonia­n kaum.

Sehubungan itu, saya mewakili suku kaum Rungus Pitas membantah sekeras-kerasnya kenyataan berbaur perkauman yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

 ??  ?? RAHIM @RICHARD
RAHIM @RICHARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia