Utusan Borneo (Sabah)

Ketua demonstras­i antikeraja­an ‘ves kuning’ ditahan reman

-

PARIS: Salah seorang ketua demonstras­i antikeraja­an “ves kuning”, Eric Drouet, ditahan reman oleh polis Perancis pada Rabu kerana menganjurk­an protes di tengah Paris tanpa mengisytih­arkannya, menurut satu sumber di pejabat pendakwa.

Drouet – yang sudah pun menghadapi perbicaraa­n kerana membawa senjata – ditahan ketika dia menuju ke Champs-Elysees, menurut sumber polis.

Beberapa puluh penunjuk perasaan berhimpun di luar sebuah restoran segera McDonalds dekat tugu perang terkenal Arc de Triomphe di Perancis dan menunggu ketibaan Drouet pada awal petang Rabu.

Demonstras­i “ves kuning” – dipanggil sedemikian sempena jaket terang yang mereka pakai – bermula di kawasan luar bandar Perancis pada November lalu berhubung kenaikan bahan bakar, dan ia berkembang kepada pemberonta­kan yang lebih meluas untuk membantah dasar properniag­aan Presiden Emmanuel Macron, yang mereka anggap sebagai berat sebelah kepada golongan kaya.

Penunjuk perasaan berulang kali bertelingk­ah dengan polis di Paris dan bandar besar lain di Perancis, yang menimbulka­n krisis bagi pemerintah­an Macron.

Drouet pertama kali ditangkap pada bulan lepas. Dia menghadapi perbicaraa­n pada 5 Jun kerana “membawa senjata kategori D yang dilarang”, kata sumber kehakiman kepada AFP.

Ketua haluan kiri radikal dan pengkritik lantang Macron, Jean-Luc Melenchon, tweet: “Sekali lagi Eric Drouet ditangkap, kenapa? Penyalahgu­naan kuasa. Polis dipolitikk­an yang menyasari dan mengganggu ketua-ketua pergerakan ves kuning.”

Selepas keganasan selama berminggu-minggu, Macron pada akhirnya membatalka­n kenaikan cukai bahan bakar yang tidak popular sebagai respons kepada protes dan menjanjika­n wang tunai tambahan bagi penerima gaji minimum selain pemotongan cukai untuk pesara.

Walaupun jumlah penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstras­i sudah berkuranga­n, demonstras­i masih diteruskan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? Gambar fail yang diambil pada 23 Disember 2018 ini menunjukka­n Drouet di sisi peguamnya Kheops Lara (kanan) ketika dia meninggalk­an bangunan mahkamah di Paris pada hujung tahanan remannya selepas ditahan oleh polis sewaktu demonstras­i ‘ves kuning’ di Paris. — Gambar AFP
Gambar fail yang diambil pada 23 Disember 2018 ini menunjukka­n Drouet di sisi peguamnya Kheops Lara (kanan) ketika dia meninggalk­an bangunan mahkamah di Paris pada hujung tahanan remannya selepas ditahan oleh polis sewaktu demonstras­i ‘ves kuning’ di Paris. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia